Friday, March 31, 2017

KPI Untuk Hari Ini dan Ringkasan Aktiviti Cuti Dua Bulan

Projek jemur tilam satu kaki ni mak dan mak mertua tak boleh tahu 💪

Hari ni hari terakhir berdua-duaan dengan dak kecit nombor empat.

Ikut perancangan hari ni nak berehat dan santai-santai. Rutin harian tetap kena buat lah tapinya. No problem. Tak banyak pun.

Dua bulan cuti bersalin. Minggu pertama dan kedua kat Seremban. Dua hari satu malam duk hospital. Discharged.

Hari ke empat kena warded balik. Sebab klik sini. Empat hari kena tahan. Rasa macam tikus makmal. Alhamdulillah seminggu lepas keluar rasa bertenaga.

Dalam masa dua bulan berjaya tidur siang dengan jayanya masa kat hospital. Memanglah. Dah nama duk spital makan tidur yo lah kojo eh. Terutama hari kena endoscope dan colonoscope (untuk ejaan yang betul sila gugel. Aku belasah je) memang betul berhibernasi.

Kat rumah ada empat hari (kalau tak silap) aku berjaya tidur siang. Tahniah untuk aku. (Sebenarnya tak dirancang. Terlelap sniri. Hee..)

Mengurut sempat satu hari sebab hari kedua dah kena warded. Cakap kat makcik urut tu dah sihat sok nak sambung. Pause dulu. Tapi dah nak habis cuti pun takde nampak tanda-tanda nak resume.

Bertungku sempatlah dua hari. Lain-lain jangan tanya. Bab langgar pantang kali ni aku rasa aku champion. Itu hari Cik Puan Suzi lawa dah pesan jangan buat kerja berat. Ok bos. I tak buat kerja angkat besi. I angkat tilam je untuk jemur. Anak kencing.

Kalau dah pantang sendiri tak ada orang tengok. Amboi. Amboi.
Macam kereta kat highway yang tak ada AES. Amboi. Amboi.

Amboi amboi amboi. Eh..

Alhamdulillah rezeki Allah bagi dak kecit tu sihat walafiat. Ada kena selsema itu hari. Rajin-rajin susukan, rajin-rajin sedut hingus, Alhamdulillah sihat. Kembali tersengih dalam cot.

Bila budak sihat, tinggalkan aje dalam baby cot lepas tu boleh lah buat kerja dengan jayanya.

Projek-projek yang dulu asyik terbengkalai - alter kain dan baju sekolah dak leng lui, jahit baju seluar yang koyak sana sini, mengemas bilik-bilik, sorting barangan yang dah jadi sampah, sorok mainan yang perlu disorok, cuci balik stroller, cuci dapur belakang yang dah macam hutan belukar rupanya, gosok lantai, alih almari, dan lain-lain berjaya diselesaikan. Tahniah lagi sekali.

Lepas ni nak ampai kain, kemas toys, lipat kain, susu, gosok baju, susu, sapu lantai, nak call bank yang itu dan yang lagi satu, susu, nak buat kerja-kerja kerani filing surat-surat dan resit-resit, nak buat breakdown untuk resit-resit anak-anak, susu, nak gulung popia, susu, nak siapkan bahan untuk masak, susu.

Hari ni kerja tak banyak. Jadi sambil-sambil tu bolehlah duduk minum kopi sambil jalan-jalan kat youtube ke, stalk blog orang ke. Amboi amboi amboi (tiba-tiba hari ni lagu ni stuck kat kepala taknak keluar).

3 comments:

SuzieLAWAti said... [Balasan]

ehheeemmmmm.... amboi.. ambooii.... amboiiii.....

badan nak pakai lama dek...!!!..
sebab kena bersilat dengan 4 orang kekanak dan apaknye juga.. eyhh.. hahahah

apa2 pon take care ok... dan selamat bekerja..

cinta said... [Balasan]

Eh.. hahaha.
Anggap je proaktif. Kah2.

Adam said... [Balasan]

Tahniah bersalin lagi.
Teruskan