Wednesday, August 23, 2017

Sorry

Malam tadi dak leng lui yang itu merajuk sebab kena marah dengan papanya. Princess kalau kena marah rajuknya panjang, air mata dengan hingus jangan ceritalah.

Puncanya - manner related. Dah diberitahu berkali-kali tapi dibuat juga tanpa was-was memang cari penyakitlah namanya tu.

Anak-anak papa manner mesti nak elok. Jangan buat lebih kurang. Lebih-lebih lagi umur dah jejak tujuh tahun. Jangan ada bunga-bunga kurang ajaran takut-takut bakal menghasilkan manusia dewasa yang korup akhlaknya. Melentur buluh biar dari rebung. Gitu.

Tapi lepas tu ada sesi penerangan. Mesti diterangkan sebab papa marah supaya anak-anak papa faham. Marah papa bukan suka-suka nak tunjuk kuasa.

Lepas sesi penerangan sesi berpelukan dan bermaaf-maafan. Papa minta maaf sebab marah anak papa. Anak papa pun kena minta maaf sebab buat perangai.

Selesai. Alhamdulillah.

Moral: Mak ayah jangan segan minta maaf dengan anak.

Monday, August 21, 2017

Bubur Bayi Segar dan Ekspres

Masak *nasi macam biasa.

Goreng atau bakar ayam atau ikan, macam biasa.

Goreng atau celur sayur macam biasa.

Lepas tu

Ambil nasi sesudu besar, ambil sikit ayam atau ikan kat bahagian yang paling lembut dan tak ada perasa dan sebarang minyak, ambik sayur sikit, masukkan semua dalam **lesung dan tumbuk lumat, lepas tu masukkan air panas sikit, kacau-kacau dalam lesung,

Siap!

Kelebihannya, tak perlu lagi nak guna ekstra periuk untuk masak bubur, jimat gas, jimat masa, jimat tenaga.

Dan bubur juga adalah yang baru dimasak, bukan yang dah siap blend tiga hari sebelum dan disimpan dalan peti sejuk.

Selamat mencuba.

*nasi mesti guna beras biasa. Jangan guna beras-beras sihat yang kurang kanji.

** jangan gunakan lesung yang baru lepas tumbuk sambal belacan. Naya baby tu.

Friday, August 18, 2017

Leng Lui Inspired


Kerja. Kerja. Kerja.

Mengantuk.

Telan kopi.

Tak membantu.

Capai cebisan kertas, capai pensel.

Selesai.

Sambung kerja.

Thursday, August 17, 2017

Sama Kacak




Baju yang sama.

Senyum yang serupa.

Wednesday, August 16, 2017

Suratan dan Kebetulan - Review

Entri sebelum ni agak samar dan salah pemahaman mungkin berlaku.

Salah aku sebab aku rojakkan semua cerita tanpa ada pembahagi cerita.

Memula cerita pasal ular dalam rumah dan gaduh laki bini. Lepas tu cerita pasal mimpi laki keluar lunch tetiba betul pulak jadi dan TERsebut pulak intuisi Bella.

Lepas tu cerita pulak istikharah dan redha.

Kalau dikaitkan sangat lah logik kalau orang nak simpulkan cerita A sampai Z adalah pasal laki bini.

Salah.

Cerita gaduh selesai kat perenggan gaduh tu je.

Cerita keluar lunch pula tak ada kena mengena dengan perempuan.

Cerita istikharah tak ada kena mengena dengan hal laki bini. Lebih kepada hal harta benda sebenarnya.

Maaf kalau buat korang semua risau. Aku tahu korang semua sayang aku (perasan jap).

Jangan risau. Rumahtangga aku sangat bahagia. Akhir-akhir ni banyak luangkan masa berdua. Anak-anak hantar taska. Mama papa keluar dating. Hehe.

Pengajaran untuk aku - nak cerita biar terang.

Tuesday, August 15, 2017

Suratan dan Kebetulan

Beberapa bulan lepas aku pernah mimpi ular dalam rumah. Seekor warna beige dengan tompok-tompok pink. Lagi sekor warna biru berkilat.

Yang warna biru tu anak aku yang nombor tiga angkat nak buang keluar rumah.

Rupa-rupanya ular biru berkilat tu jelmaan jin (agaknya) sebab tak semena-mena ada muncul sorang awek berbaju dan bertudung biru berkilat macam warna ular tu, dengan mekap trend terkini, eyeliner tebal keliling mata, bibir merah, berjalan keluar rumah sambil senyum dengan jelingan mata yang tajam yang aku ingat sampai hari ni.

Beberapa hari lepas tu aku gaduh dengan incek papa. Eheh. Biasa ler.. laut mana yang tak bergelora. Yang penting dah selesai dan segalanya bertukar menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Lepas mimpi ular masa tidur malam, aku mimpi masa tidur tengah hari kat pejabat. Aku mimpi tengah hari tu incek papa mesej bagitau beliau keluar makan dengan kawan-kawan. Balik kerja aku tengok kereta park kat petak parking lain yang bukan petak parking masa datang kerja pagi tu. Lepas tu incek papa bagitau tengah hari (tadi) dia keluar lunch dengan kawan-kawan. Aku tak tau apa signifikan mimpi ni sebab aku bukan kisah pun kalau dia nak lunch kat luar. Tak berapa lama lepas tu viral cerita intuisi Bella Astila. Hmm..

Lepas tu ada beberapa lagi peristiwa kebetulan sampai lah hari ni.

Yang paling best sebab keputusan dan tindakan yang aku buat akhir-akhir ni adalah agak di luar kebiasaan aku. Aku dah kurang peduli dogma dan stigma. Lebih kepada ikut kata hati. Tapi minggu lepas full tiap-tiap hari buat istikharah. Untuk apa aku belum ada rasa nak cerita. Ngeh..

Selalu lah doa minta Allah takdirkan yang terbaik, kemudian tengoklah apa jadi lepas tu walaupun kita tak suka pada mulanya tapi kemudian baru terasa nasib baik jadi macam tu. Paling seronok bila rasa macam tak sangka boleh turn out jadi sangat best.

Pokok pangkalnya redha dan selamatlah berbahagia.


Sunday, August 13, 2017

Tiga Sebab Aku Tak Update Blog

Kenapa aku lama tak kemaskini (update) blog? Walaupun korang tak nak tahu aku nak juga cerita. Sebab ini akan jadi bahan bacaan aku di masa hadapan kalau panjang umur.

Sebab pertama : akhir-akhir ni rasa macam tak cukup tidur. Jadi daripada aku duk mengadap blog aku rasa tidur itu lebih berfaedah untuk tubuh badan aku. Nampaknya aku sememangnya seorang yang tahu membezakan mana yang lebih penting. Ehehe.

Sebab kedua : akhir-akhir ni rasa macam sibuk bebenor. Kat rumah kalau berpeluang pegang phone cuma untuk set alarm, off alarm, dan jawab panggilan. Sesekali baca juga mesej-mesej. Atau mungkin 'scan' mesej itu lebih tepat berbanding 'baca'.

Sebab ketiga : akhir-akhir ni rasa macam nak kedekut dan tak nak kongsi sebarang pandangan dan cerita. Ini penyakit yang sangat tak best kalau berkecimpung dalam dunia blog. Sama pangkat dengan penyakit malas lah ni agaknya.

Jadi entri ini aku anggap sebagai permulaan untuk kembali bersemangat update blog.