Tuesday, August 15, 2017

Suratan dan Kebetulan

Beberapa bulan lepas aku pernah mimpi ular dalam rumah. Seekor warna beige dengan tompok-tompok pink. Lagi sekor warna biru berkilat.

Yang warna biru tu anak aku yang nombor tiga angkat nak buang keluar rumah.

Rupa-rupanya ular biru berkilat tu jelmaan jin (agaknya) sebab tak semena-mena ada muncul sorang awek berbaju dan bertudung biru berkilat macam warna ular tu, dengan mekap trend terkini, eyeliner tebal keliling mata, bibir merah, berjalan keluar rumah sambil senyum dengan jelingan mata yang tajam yang aku ingat sampai hari ni.

Beberapa hari lepas tu aku gaduh dengan incek papa. Eheh. Biasa ler.. laut mana yang tak bergelora. Yang penting dah selesai dan segalanya bertukar menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Lepas mimpi ular masa tidur malam, aku mimpi masa tidur tengah hari kat pejabat. Aku mimpi tengah hari tu incek papa mesej bagitau beliau keluar makan dengan kawan-kawan. Balik kerja aku tengok kereta park kat petak parking lain yang bukan petak parking masa datang kerja pagi tu. Lepas tu incek papa bagitau tengah hari (tadi) dia keluar lunch dengan kawan-kawan. Aku tak tau apa signifikan mimpi ni sebab aku bukan kisah pun kalau dia nak lunch kat luar. Tak berapa lama lepas tu viral cerita intuisi Bella Astila. Hmm..

Lepas tu ada beberapa lagi peristiwa kebetulan sampai lah hari ni.

Yang paling best sebab keputusan dan tindakan yang aku buat akhir-akhir ni adalah agak di luar kebiasaan aku. Aku dah kurang peduli dogma dan stigma. Lebih kepada ikut kata hati. Tapi minggu lepas full tiap-tiap hari buat istikharah. Untuk apa aku belum ada rasa nak cerita. Ngeh..

Selalu lah doa minta Allah takdirkan yang terbaik, kemudian tengoklah apa jadi lepas tu walaupun kita tak suka pada mulanya tapi kemudian baru terasa nasib baik jadi macam tu. Paling seronok bila rasa macam tak sangka boleh turn out jadi sangat best.

Pokok pangkalnya redha dan selamatlah berbahagia.


10 comments:

tiga lalat said... [Balasan]

wak nk fantun sateww..
Jika terjumpa ular tedung,
Carilah buluh kayu pemukul,
Berani buat beranilah tanggung,
Tangan menjinjing bahu memikul.,

semoga dipermudahkan semua urusan cikSiti amin ya robbal alamin.,

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Semoga mendapat yg baik2 shj...
Naluri wanita ni kuat.

AimNub Haris said... [Balasan]

bab-bab mimpi ular ni, aku 'errmmmmm..' kan aje lah.. tak berani nak komen apa-apa.. aku sejenis takut dan geli binatang2 darah sejuk ni..

tapi bab istikharah dan redha tu, sangatlah betul. aku sokong, itu je jalan yang terbaik. ikut sangat hati pun kadang2 dipedaya juga. syaitan kan memang azam tia-tiap tahun nak pesongkan umat Muhammad S.A.W. jadi kembali tanya dan serah kepada Allah sahaja lah yang sebaiknya.

apa-apapun aku doakan yang baik-baik.
InsyaAllah.. tetap kuat ye..!

:)

...

Fendi Rocka said... [Balasan]

agak abstrak entri kali ni

cinta said... [Balasan]

Amin. Semua dipermudah. Alhamdulillah :D

cinta said... [Balasan]

Alhamdulillah. Semua baik. Kuat sgt tak elok jgk kot. Hee..

cinta said... [Balasan]

Amin. Tq utk doa. Kena lah kuat. Heavy duty kan. Keh3.

cinta said... [Balasan]

Kalau bercerita tp tak nak cerita detail n nak kedekut cerita tapi gatal juga nak buat entri ini lah jadinya XD

Julie Shahril said... [Balasan]

....dengan mekap trend terkini, eyeliner tebal keliling mata, bibir merah, berjalan keluar rumah...

Err...keluar rumah tu, keluar rumah siapa? rumah awak ke siti?

cinta said... [Balasan]

Entahlah rumah sapa. Tapi kalau ikut tafsir mimpi ular dlm rumah selalunya petanda masalah rumah tangga.
Btw pmpn tu lawa. Tp senyuman dia semacam.