Zaman bujang dulu dulu dulu pernah la drive 12 jam balik Terengganu. Kelisa GXi. Maksudnya? Keta kecik dan manual.
Tapi memandu zaman bujang dengan jadi co-pilot zaman dah berkeluarga, jadi co-pilot zaman dah berkeluarga adalah lebih penat.
Penat macam mana dan sebab apa rasanya tak perlu lah aku huraikan. Yang dah berkeluarga dah sedia maklum. Yang belum harap bolehlah melakukan persediaan mental, fizikal dan spiritual.
Yang penting kita kena tahu kalau jadi co-pilot zaman dah berkeluarga ni penat, apa lagi mereka yang jadi pemandu di zaman dah berkeluarga. Sambil memandu sambil dengar pelbagai saluran radio dan janggut dibelai-belai oleh tangan comel. Penat woo..
Jadi tahniah untuk para pemandu yang berjaya menempuh 4 jam Tol Karak - Tol Gombak tadi. Ucapan tahniah ini adalah terkecuali untuk mereka yang gelojoh menggunakan lorong kecemasan tanpa sebab kecemasan dan memotong barisan tanpa sebab yang munasabah. Harap maklum.
Hari ni pecah rekod peribadi. 15 jam Besut -KL. Apa-apa pun, yang penting selamat sampai. Alhamdulillah.
5 comments:
lepas pecahkan rekod peribadi kau sempat pulak up satu entri, ketabahan ini harus diraikan.
Ha kan.. keh3. Slps tidurkan anak2, unpack segala luggage, simpan segala bhn2 mentah n kopok lekor, cuci segala botol susu n bekas bekal, diraikan dgn duk lepak minum neslo panas n mkn kopok lekor sejuk.
laahhh., kenapa x lalu jalan lama Bentong ke Rnr Genting Sempah tuuuh., sibbaik zaman teknologi skrg dh ade Waze ., hehe2 jimat masa sejam kat situ je., alhamdulillahh
Hok aloh.. dah terlajak wak :p
kalo pakai Waze leh tengok jem jalan hadapan yg merah berdarah tuuuh sblom smpi simpang ke Karak., bijakkanWaze ;p xper, lenkali leh guna jln lama
Post a Comment