Friday, July 30, 2010

Anak Dara, Janda, dan Kereta

Tahun lepas, sebelum melangsungkan perkahwinan, saya menggodek-godek laman sesawang mencari info tentang nilai mas kahwin semasa. Saya terserempak (sila buat-buat terkejut sambil brek) dengan laman ini.

Saya teliti senarai itu. B
erbeza mengikut negeri. Berbeza mengikut status. Ada yang serendah RM12.00. Ada yang setinggi RM 2500.00.

Sedikit terkejut. Ya, terkejut dengan perbezaan nilai seorang anak dara dengan seorang janda. Andai saya seorang janda dari negeri terlibat, pasti saya akan terasa walau sedikit.


Cuba ibaratkan wanita dengan kereta. Kereta baru tak semestinya berprestasi tinggi. Kereta tangan kedua (baca: second hand) tak semestinya tak memuaskan.

Bandingkan Proton Saga baru dengan BMW 7 Series second hand. Rasanya mana satu prestasi yang lebih memuaskan? (Maaf, saya bukan memperlecehkan Proton Saga, sekadar perbandingan di sini). Saya pasti BMW 7 Series second hand lebih mahal.

Seperti kereta, manusia atau dalam kotak perbincangan sekarang wanita, ada kos penyelenggaraan (maintenance cost). Kahwin dengan 'kereta mewah berprestasi tinggi' poket mesti bersedia untuk kos perkahwinan yang mewah, mekap, spa, salon, bercuti, itu ini bla bla blahh.. Kahwin dengan 'kereta mini cap Perodua' poket tak perlu selalu berisi, minyak jimat, mekap tak perlu lebih-lebih, sederhana sudah, pakai tujuh tahun pun prestasi masih mantap, masih mampu meluncur 140km/j di Lebuhraya KL-Seremban setiap pagi menuju ke pejabat di Jalan XXX, road tax pun baru beberapa puluh ringgit.

Hmm, ada rasa nak tambah kereta baru ke? Hehehe (penutup yang keluar tajuk).

0 comments: