Showing posts with label poligami. Show all posts
Showing posts with label poligami. Show all posts

Monday, October 11, 2010

Isteri Untuk Suamiku

Satu hari aku sembang ibu-ibu dengan seorang kawan yang bakal menjadi ibu tidak lama lagi.  Topik berkisar pasal bla bla bla.. topik biasa perbincangan ibu-ibu yang muda dan vogue (macam aku. hee..).

Aku tanya dia pasal persiapan menjadi ibu, dia tanya aku macam mana jadi ibu, dia tanya aku pasal anak aku, aku tanya dia pasal anak dia yang tengah seronok enjoy curi-curi dengar perbualan kitorang, dia tanya umur anak aku, aku jawab ler dah enam bulan, dia tanya aku pasal bla bla blaa..  Akhirnya sampai bab pengasuh.
Dia: Anak awak mak mentua awak lagi yang jaga kan?
Aku: Ha ah.
Dia: Jadi sampai hari ni awak ulang alik Seremban KL?
Aku: Ha ah.
Dia: Rumah yang kat KL sekarang takde orang duduk lah ye?
Aku: Ha ah.
Dia: Apakata awak gaji bibik.
Aku: Ha ah, banyok ler sangat duit den.

(p/s: perbualan di atas telah mengalami perubahan drastik dari segi matan tetapi masih membawa maksud yang sebetulnya).

Selepas perbualan tersebut hati aku berkira-kira.

Lalu hati berbicara...

(Sila baca dengan suara bergema di awang-awangan)

Kalau nak gaji bibik, mau makan ribu-ribu jugak ni.  Belum kira lagi nak bayar dia bulan-bulan, tempat tinggal dia, makan minum dia, tiket kapal terbang lagi.  Ye la, kalau dah namanya bibik sah sah la made in Indonesia.

Kalau macam tu lagi baik aku cari sorang perempuan yang baeeekkk punya, pinang dia, suruh dia kahwin laki aku dengan syarat dia tak payah keja.  Duk rumah diam-diam jaga anak aku (Muahahah..).

Kalau aku nak pinang bini nombor dua untuk laki aku, hantaran pun lebih kurang duit nak uruskan nak amik maid, duit nafkah bulan-bulan lebih kurang macam gaji bulan-bulan untuk maid, tempat tinggal ngan makan minum of kos lah kan.  Tiket kapal terbang tak payah la kot, sama-sama drive balik kampung.

Kelebihan dia?  Dah tentu-tentu ler sah laki aku yang punya.  Kalau gajikan maid, duit habis ribu raban, tenaga dan masa habis bagi briefing bagi training, tapi sampai masa angkat kaki babbai.  Pelaburan kurang menguntungkan.  Jangka pendek.

Ada lagi, anak-anak membesar dengan mak nombor dua diorang, bukan orang gaji.  Ada lagi, bibik jaga sebab duit, bini nombor dua jaga dengan tanggungjawab dan kasih sayang.  So, mana lagi ikhlas?  Kan? Ada lagi, aku tak payah risau laki aku ada skandal dengan bibik.  Skandal mende kalau dah sah laki bini.  Ye dak?  Ada lagi, kalau aku penat aku suruh je bini nombor dua amik turn aku layan laki.  Kan?  Ada lagi, takde la aku buat kerja rumah sorang-sorang.  Ada lagi, isy, malas la nak cakap banyak.  Lu pikir la sendiri.  Ngehh..

Plingg... (Kabus di awang-awangan hilang)

Begitulah adanya bicara di hatiku.  Bukan aku nak sangat laki aku kahwin lain, cuma aku rasa itu antara penyelesaian yang baik untuk beberapa masalah rumah tangga.

Ramai isteri sebenarnya boleh menerima poligami tapi tak ramai yang berani mengaku.  Sebab?  Sebab ramai lelaki sebenarnya tidak mampu untuk berlaku adil.  Percaya tak?  Betul, tak tipu.  Berapa ramai lelaki yang berpoligami tapi mengabaikan anak bini?  Ramai..  Berapa ramai lelaki yang berpoligami tapi tak tau jaga hati bini?  Ramai.. Berapa ramai lelaki yang berpoligami tapi solat lima waktu pun rongak?  Ramai...  Berapa ramai lelaki yang mendabik dada mengaku hebat tapi hakikatnya balik dari kerja, terlentang depan tv.  Penat katanya.  Hebat mende? Sedang isteri balik kerja terus terkejar ke dapur, terkejar-kejar urus anak, terkejar-kejar kemas rumah.  Siapa lagi hebat sebenarnya?

Jangan ingat gaji besar sudah dikira mampu.  Banyak lagi yang perlu diukur.

Ops, sebelum terlupa, tau tak korang bahawa dalam banyak-banyak agama, Islam sahaja yang MEMBENARKAN kahwin empat tapi MEMERINTAHKAN kahwin satu.

Diulangi, kahwin empat adalah DIBENARKAN tapi kahwin satu adalah satu PERINTAH.

Tak percaya?  Ok, kita intai dulu apa kata agama lain.

*Carilah dalam mana-mana kitab Budha sekalipun, takkan jumpa perintah 'KAHWINLAH HANYA SATU', tapi kita akan banyak jumpa tentang dewa yang kahwin ramai dewi.

*Carilah dalam mana-mana Veda Hindu sekalipun, takkan jumpa perintah 'KAHWINLAH HANYA SATU', tapi kita akan banyak jumpa tentang dewa yang kahwin beratus-ratus dewi.  Malah ada yang kahwin dengan anak sendiri.  Ngeri tak?  Tak nak cakap banyak, kalau nak tahu lebih lanjut, sila mulakan penyiasatan sendiri.

*Carilah dalam kitab-kitab Injil, Taurat dan Talmud, kita akan jumpa ayat-ayat yang menceritakan tentang nabi-nabi yang beristeri lebih dari satu tapi kita takkan jumpa ayat 'KAHWINLAH HANYA SATU'.

(*Berdasarkan ceramah yang saya dengar daripada saudara Syah Kirik beberapa tahun lalu.  Beliau adalah bekas sami Hindu.)

Ok, sekarang mari kita buka al-Quran, kitab yang ramai antara kita cuma baca bila ada kematian dan tak terlintas langsung untuk meneliti kandungannya.

وَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تُقۡسِطُواْ فِى ٱلۡيَتَـٰمَىٰ فَٱنكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثۡنَىٰ وَثُلَـٰثَ وَرُبَـٰعَ‌ۖ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تَعۡدِلُواْ فَوَٲحِدَةً أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَلَّا تَعُولُواْ
(٣)


An-Nisa ( 4:3 )

Maksud:

"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya".

Perkataan kahwinlah hanya satu jelas terdapat di dalam al-Quran menggunakan fiil amar (dalam bahasa Arab, fiil amar berfungsi sebagai ayat perintah dan jika dijumpai di dalam ayat-ayat al-Quran suruhan itu akan jatuh hukum wajib sebagaimana ayat 'tunaikanlah solat' dan sebagainya.  Untuk keterangan lanjut sila tanya ustaz yang bertauliah).

Jadi kepada sesiapa yang mengatakan Islam MENYURUH kahwin empat, percayalah, kebodohan kalian akan terserlah.  Diulangi, Islam tak suruh kahwin empat, Islam MEMBENARKAN kahwin empat tapi MENYURUH kahwin satu.  Clear?

Banyak lagi isu kalau nak bincang pasal poligami ni.

Poligami adalah bagus sebenarnya tapi sikap manusia yang macam hampeh yang telah menyalahgunakan poligami.

Elakkanlah diri anda daripada menjadi hampeh.


Apa-apalah..

Friday, July 30, 2010

Anak Dara, Janda, dan Kereta

Tahun lepas, sebelum melangsungkan perkahwinan, saya menggodek-godek laman sesawang mencari info tentang nilai mas kahwin semasa. Saya terserempak (sila buat-buat terkejut sambil brek) dengan laman ini.

Saya teliti senarai itu. B
erbeza mengikut negeri. Berbeza mengikut status. Ada yang serendah RM12.00. Ada yang setinggi RM 2500.00.

Sedikit terkejut. Ya, terkejut dengan perbezaan nilai seorang anak dara dengan seorang janda. Andai saya seorang janda dari negeri terlibat, pasti saya akan terasa walau sedikit.


Cuba ibaratkan wanita dengan kereta. Kereta baru tak semestinya berprestasi tinggi. Kereta tangan kedua (baca: second hand) tak semestinya tak memuaskan.

Bandingkan Proton Saga baru dengan BMW 7 Series second hand. Rasanya mana satu prestasi yang lebih memuaskan? (Maaf, saya bukan memperlecehkan Proton Saga, sekadar perbandingan di sini). Saya pasti BMW 7 Series second hand lebih mahal.

Seperti kereta, manusia atau dalam kotak perbincangan sekarang wanita, ada kos penyelenggaraan (maintenance cost). Kahwin dengan 'kereta mewah berprestasi tinggi' poket mesti bersedia untuk kos perkahwinan yang mewah, mekap, spa, salon, bercuti, itu ini bla bla blahh.. Kahwin dengan 'kereta mini cap Perodua' poket tak perlu selalu berisi, minyak jimat, mekap tak perlu lebih-lebih, sederhana sudah, pakai tujuh tahun pun prestasi masih mantap, masih mampu meluncur 140km/j di Lebuhraya KL-Seremban setiap pagi menuju ke pejabat di Jalan XXX, road tax pun baru beberapa puluh ringgit.

Hmm, ada rasa nak tambah kereta baru ke? Hehehe (penutup yang keluar tajuk).

Wednesday, July 28, 2010

Ramai Orang Suka __, Tapi Aku Lebih Suka __, Sebab __


Ramai orang suka ucap
'Selamat pengantin baru, moga kekal ke anak cucu'
Tapi aku lebih suka ucap:
'Selamat pengantin baru, moga bahagia dalam rahmat-Nya'
Sebab

kalau (KALAU) pasangan tu tak bahagia buat apa doakan mereke kekal ke anak cucu. Kesian. Contohnya (contoh je ye) isteri kena dera, turun naik mahkamah minta fasakh, kes tak juga selesai. Sebab? Kita dah doakan mereka kekal ke anak cucu. Jadi lebih baik kita doakan mereka BAHAGIA DALAM RAHMATNYA. Kalau pun pada awalnya mereka tak serasi (contohnya kahwin bukan pilihan hati ke, apa-apa lah) tapi berkat doa kita mereka akan berbahagia berumahtangga.


Ramai orang suka berdoa
'Ya Allah, panjangkanlah umurku'

Tapi aku lebih suka berdoa
'Ya Allah, matikan aku dalam keadaan dosaku diampunkan yang dapat menyelamatkan aku dari api neraka'
Sebab
aku tak nak umur panjang yang buat aku makin leka dan makin tambah dosa. Katakanlah sampai satu tahap aku sedang bertaubat (contoh je ye), dan Allah terima taubat aku menyebabkan dosa-dosa aku yang boleh menyebabkan aku masuk neraka berkurang, aku rela mati masa tu. Bukan aku tak takut mati. Takut woo (Biasa l
a, orang banyak dosa macam aku mesti takut mati). Tapi semua orang akan mati, betul tak? Kalau mati awal tu lebih baik, buat apa nak mati lambat? (Cakap senang la, ceh, poyo betul aku ni).


Ramai orang suka doa
'Ya Allah, murahkanlah rezekiku'
Tapi aku lebih suka doa
'Ya Allah, janganlah Kau hina aku dengan rezeki yang haram'
Sebab
aku takut kalau aku kaya, banyak duit, tapi hasilnya datang dari hasil yang haram sama ada aku sedar atau tidak. Bukan aku tak suka banyak duit. Suka, cuma aku rasa cukup la setakat dapat hidup selesa. Ramai orang sanggup menipu untuk dapat banyak duit. Ramai orang sanggup buat kerja haram untuk cepat kaya. Ramai orang sanggup tinggal solat, tinggal puasa, abai mak ayah anak bini laki etc etc dengan alasan nak kaya perlukan pengorbanan. Betul perlu pengorbanan tapi biarlah berpada. Tak kaya tak bererti tak bahagia.
Kaya dengan murka Allah itu bala namanya. Allah yang bagi rezeki. Bukan syarikat. Bukan bunga pinjaman. Bukan pelanggan.

Aku pernah buat eksperimen. Satu bulan tu aku tak buat bajet. Duit tu aku belanjakan mana yang patut. Bayar kereta, bayar pinjaman MARA (bayar lebih sikit daripada biasa), bagi mak kat kampung (bulan tu aku bagi lebih, saja nak test. Sampai mak call balik tanya aku ni betul ke tak betul), bagi mak mertua sikit, minyak kereta, tol, makan minum kat pejabat, belanja vaksin anak, keperluan bayi, sempat lagi beli baju baru. Tak nak harapkan duit suami, dia dah semput bayar rumah (bayar rumah pun dah 800), bil itu, bil ini, kad kredit, bagi aku lagi, minyak kereta etc etc. Hidup juga sampai hujung bulan. Pelik tapi benar. Aku tambah yakin rezeki tu Allah yang bagi.

Ramai orang (perempuan) suka cakap
'Abang kalau nak poligami, ceraikan saya'
Tapi aku pernah cakap (sebelum kahwin)
'Kalau abang tiba-tiba suka dengan mana-mana perempuan sampai tahap nak kahwin dengan perempuan tu, abang bagitau saya. Biar saya check dulu dia ni perempuan yang macam mana. Kalau dia perempuan baik, biar saya yang pinangkan dia untuk abang'.
Sebab
aku nak dia bahagia. Kalau aku tak mampu untuk membahagiakan dia dalam perkara tertentu aku rela dia cari kebahagiaan tu dengan perempuan lain dengan syarat secara halal dan tak menyusahkan aku (tak menyusahkan aku bermaksud dia mampu dari segi pendapatan, adil, dan perempuan tu baik). Jadi, jangan risau aku akan marah kalau laki aku ngorat korang ye (tapi kalau korang yang menggatal itu kes lain. Huh).

Hmm, tiba-tiba malas nak menaip. Banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah tu. Ada sambungan ke? Mungkin tidak..


p/s: Semua gambar di atas tiada kaitan dengan entri. Saja suka-suka tempek.