Aku tanya dia pasal persiapan menjadi ibu, dia tanya aku macam mana jadi ibu, dia tanya aku pasal anak aku, aku tanya dia pasal anak dia yang tengah seronok enjoy curi-curi dengar perbualan kitorang, dia tanya umur anak aku, aku jawab ler dah enam bulan, dia tanya aku pasal bla bla blaa.. Akhirnya sampai bab pengasuh.
Dia: Anak awak mak mentua awak lagi yang jaga kan?
Aku: Ha ah.
Dia: Jadi sampai hari ni awak ulang alik Seremban KL?
Aku: Ha ah.
Dia: Rumah yang kat KL sekarang takde orang duduk lah ye?
Aku: Ha ah.
Dia: Apakata awak gaji bibik.
Aku: Ha ah, banyok ler sangat duit den.
Aku: Ha ah.
Dia: Jadi sampai hari ni awak ulang alik Seremban KL?
Aku: Ha ah.
Dia: Rumah yang kat KL sekarang takde orang duduk lah ye?
Aku: Ha ah.
Dia: Apakata awak gaji bibik.
Aku: Ha ah, banyok ler sangat duit den.
(p/s: perbualan di atas telah mengalami perubahan drastik dari segi matan tetapi masih membawa maksud yang sebetulnya).
Selepas perbualan tersebut hati aku berkira-kira.
Lalu hati berbicara...
(Sila baca dengan suara bergema di awang-awangan)
Kalau nak gaji bibik, mau makan ribu-ribu jugak ni. Belum kira lagi nak bayar dia bulan-bulan, tempat tinggal dia, makan minum dia, tiket kapal terbang lagi. Ye la, kalau dah namanya bibik sah sah la made in Indonesia.
Kalau macam tu lagi baik aku cari sorang perempuan yang baeeekkk punya, pinang dia, suruh dia kahwin laki aku dengan syarat dia tak payah keja. Duk rumah diam-diam jaga anak aku (Muahahah..).
Kalau aku nak pinang bini nombor dua untuk laki aku, hantaran pun lebih kurang duit nak uruskan nak amik maid, duit nafkah bulan-bulan lebih kurang macam gaji bulan-bulan untuk maid, tempat tinggal ngan makan minum of kos lah kan. Tiket kapal terbang tak payah la kot, sama-sama drive balik kampung.
Kelebihan dia? Dah tentu-tentu ler sah laki aku yang punya. Kalau gajikan maid, duit habis ribu raban, tenaga dan masa habis bagi briefing bagi training, tapi sampai masa angkat kaki babbai. Pelaburan kurang menguntungkan. Jangka pendek.
Ada lagi, anak-anak membesar dengan mak nombor dua diorang, bukan orang gaji. Ada lagi, bibik jaga sebab duit, bini nombor dua jaga dengan tanggungjawab dan kasih sayang. So, mana lagi ikhlas? Kan? Ada lagi, aku tak payah risau laki aku ada skandal dengan bibik. Skandal mende kalau dah sah laki bini. Ye dak? Ada lagi, kalau aku penat aku suruh je bini nombor dua amik turn aku layan laki. Kan? Ada lagi, takde la aku buat kerja rumah sorang-sorang. Ada lagi, isy, malas la nak cakap banyak. Lu pikir la sendiri. Ngehh..
Plingg... (Kabus di awang-awangan hilang)
Begitulah adanya bicara di hatiku. Bukan aku nak sangat laki aku kahwin lain, cuma aku rasa itu antara penyelesaian yang baik untuk beberapa masalah rumah tangga.
Ramai isteri sebenarnya boleh menerima poligami tapi tak ramai yang berani mengaku. Sebab? Sebab ramai lelaki sebenarnya tidak mampu untuk berlaku adil. Percaya tak? Betul, tak tipu. Berapa ramai lelaki yang berpoligami tapi mengabaikan anak bini? Ramai.. Berapa ramai lelaki yang berpoligami tapi tak tau jaga hati bini? Ramai.. Berapa ramai lelaki yang berpoligami tapi solat lima waktu pun rongak? Ramai... Berapa ramai lelaki yang mendabik dada mengaku hebat tapi hakikatnya balik dari kerja, terlentang depan tv. Penat katanya. Hebat mende? Sedang isteri balik kerja terus terkejar ke dapur, terkejar-kejar urus anak, terkejar-kejar kemas rumah. Siapa lagi hebat sebenarnya?
Jangan ingat gaji besar sudah dikira mampu. Banyak lagi yang perlu diukur.
Ops, sebelum terlupa, tau tak korang bahawa dalam banyak-banyak agama, Islam sahaja yang MEMBENARKAN kahwin empat tapi MEMERINTAHKAN kahwin satu.
Diulangi, kahwin empat adalah DIBENARKAN tapi kahwin satu adalah satu PERINTAH.
Tak percaya? Ok, kita intai dulu apa kata agama lain.
*Carilah dalam mana-mana kitab Budha sekalipun, takkan jumpa perintah 'KAHWINLAH HANYA SATU', tapi kita akan banyak jumpa tentang dewa yang kahwin ramai dewi.
*Carilah dalam mana-mana Veda Hindu sekalipun, takkan jumpa perintah 'KAHWINLAH HANYA SATU', tapi kita akan banyak jumpa tentang dewa yang kahwin beratus-ratus dewi. Malah ada yang kahwin dengan anak sendiri. Ngeri tak? Tak nak cakap banyak, kalau nak tahu lebih lanjut, sila mulakan penyiasatan sendiri.
*Carilah dalam kitab-kitab Injil, Taurat dan Talmud, kita akan jumpa ayat-ayat yang menceritakan tentang nabi-nabi yang beristeri lebih dari satu tapi kita takkan jumpa ayat 'KAHWINLAH HANYA SATU'.
(*Berdasarkan ceramah yang saya dengar daripada saudara Syah Kirik beberapa tahun lalu. Beliau adalah bekas sami Hindu.)
Ok, sekarang mari kita buka al-Quran, kitab yang ramai antara kita cuma baca bila ada kematian dan tak terlintas langsung untuk meneliti kandungannya.
وَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تُقۡسِطُواْ فِى ٱلۡيَتَـٰمَىٰ فَٱنكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثۡنَىٰ وَثُلَـٰثَ وَرُبَـٰعَۖ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تَعۡدِلُواْ فَوَٲحِدَةً أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَلَّا تَعُولُواْ
(٣)
An-Nisa ( 4:3 )
Maksud:
"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya".
Perkataan kahwinlah hanya satu jelas terdapat di dalam al-Quran menggunakan fiil amar (dalam bahasa Arab, fiil amar berfungsi sebagai ayat perintah dan jika dijumpai di dalam ayat-ayat al-Quran suruhan itu akan jatuh hukum wajib sebagaimana ayat 'tunaikanlah solat' dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut sila tanya ustaz yang bertauliah).
Jadi kepada sesiapa yang mengatakan Islam MENYURUH kahwin empat, percayalah, kebodohan kalian akan terserlah. Diulangi, Islam tak suruh kahwin empat, Islam MEMBENARKAN kahwin empat tapi MENYURUH kahwin satu. Clear?
Banyak lagi isu kalau nak bincang pasal poligami ni.
Poligami adalah bagus sebenarnya tapi sikap manusia yang macam hampeh yang telah menyalahgunakan poligami.
Elakkanlah diri anda daripada menjadi hampeh.
Apa-apalah..
10 comments:
saya suka entry ni..
@j.u.l.i.e
sila tekan butang like.
ok...LIKE..!!!!!
nice one! heh heh heh
@liza aziz
heh heh heh..
@j.u.l.i.e
tima kaseh.. datang lagi..
tabik spring toyyoyoing.....heeeeeee
@mrs.ecam
spring tu tercabut masa ko naik alat timbang tu kan? hek hek.
dusyum!!
Adui!!
Haaa...idea yang bernas.kahwinkan lah suami tu lagi.hahaa.tak sangka jauh betul suara hati berawangan..ni kalau suami tahu..peh gembira
@fndrocka
dia dh tau. tp dia marah kalo aku ckap psl kawin lain. hihi..
Post a Comment