Thursday, October 14, 2010

Spesis Makhluk di Jalan Raya

Hmm....
Pacat sakit gigi
Kenderaan yang berkelajuan 70km/j berada di lorong kanan di kawasan berhad laju 110km/j.

Siput sedut
Kenderaan yang pemandunya suka main brek di lebuhraya walaupun dalam keadaan tidak perlukan brek.

Langau
Motosikal yang penunggangnya suka cilok kiri cilok kanan tanpa sebab yang boleh diterima akal. Sekadar nak menunjuk-nunjuk konon-konon terer bawak moto tanpa menyedari bahawa aku bersimpati melihat mereka sendiri-sendiri perasan hebat gila.

Lalat
Kenderaan yang pemandunya macam meroyan kejap ke kiri kejap ke kanan konon-konon nak cepat (macam dia sorang je nak cepat. huh.) walaupun sudah terang lagi bersuluh aliran trafik sesak melekat padat.

Badak buat fashion show
Lori dengan muatan 40 kaki merangkak di lorong tengah. Udah namanya fashion show dah tentu-tentu kena catwalk tengah runway ye dak? Huhu..

Kerbau pendek
Kenderaan yang lajunya menggila yang menyondol-nyondol bontot kenderaan di hadapan.

Setakat ini saja pelajaran peribahasa kita untuk kali ini.

6 comments:

fndrocka said... [Balasan]

Ular kena palu: jalan bengkang bengkok

cinta said... [Balasan]

@fndrocka

ok, tambah lagi satu.

j.u.l.i.e said... [Balasan]

dlm byk2 tu,saya tak suka langau dan kerbau pendek. Langau tu bahaya sbb tiba2 je dia ada,ntah dtg dari mana,kerbau pendek plak suka nyondol2 mcm nk laju,alih2 bila kita bagi dia jln,rupanya dia nk masuk susur kiri, bukan nak terus pon..siottt..

cinta said... [Balasan]

@j.u.l.i.e

langau mmg mcm tu. rimas kan? kerbau pendek ni pun payah nak difahami. ntah2 menyondol dgn niat nk mengorat. kih3.

blurr33 said... [Balasan]

bahaya tu kalau kena sondol dgn kerbau pendek.. susah nak kena samak nanti..
kui kui kui

cinta said... [Balasan]

@blurr33

hahaha, betul betul.