Thursday, August 29, 2013

Anak Kucing, Mangga dan Seorang Budak Bulat

*Ini cerita bulan lepas

Itu hari kucing nenek yang putih gebu dah bersalin (eheh..) dan dapat dua bebola bulu putih. Budak perempuan bulat ni gembira betul. Suka sangat pegang, angkat, letak, pegang lagi, dan diulang ulang. Tak tahan melihat anak kucing tu terseksa jiwa dan raga, mamanya lock sangkar dengan mangga. Lalu budak perempuan yang bulat itu isytihar perang dengan mamanya. Entah kenapa mamanya rasa sangat kelakar dan ketawa macam orang jahat dalam cerita kartun atau paling tidak macam kak Ros akak Upin dan Ipin selepas sakat dua budak botak tu.

Tapi lepas tu mama pujuk dengan ais krim. Time tu juga dia melompat dan jerit yay!

Takpe, adik dia tidur (selepas buat kacau main dengan sungguh komited sejak pukul 6.30 pagi), jadi mamanya tak risau ais krim sepah-sepah sana sini.

Dan dia lupa tentang anak kucing dan mangga.


Contoh budak yang belum tahu nak tunjukkan kasih sayang kat kucing.
~Lalala~
Adui, caner ni..
Hmmphh..
.....

2 comments:

t.a.t.a said... [Balasan]

budak gundut kat rumah tu kalau nak angkat kucing, dia pegang ekornya. mak aih, bising la kucing tu jadi nya. lepas tu kalau kucing masuk, siap dijerit-jerit suruh keluar.

lepas tu tiap kali dengar aje suara budak gundut tu, bertempiaran lari sampai tak cukup tanah kucing-kucing tu.

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
Patut la kaum kucing cukup gerun dgn makhluk2 kenit ni. Rupa2nya sume bdk mcm tu..