Wednesday, October 23, 2013

Muafakat Membawa Berkat

Cara ini pernah aku praktikkan 10 tahun yang lalu. Dalam group kitorang ada 6 ahli tetap. Kadang-kadang bertambah bila ada exile member dari group lain. Walaupun semua ahli mendapat tajaan MARA tapi tetap perlu berjimat.

Waktu makan tengah hari semua orang biasanya tapau nasi dengan satu lauk sahaja. Kitorang makan di bilik hostel. Kumpulkan semua 6 ahli dan kitorang kongsi lauk. Jadi, ada 6 jenis lauk untuk dikongsi.

Masa tengah makan tiba-tiba ada tangan interrupt dalam bekas nasi itu perkara biasa dan kitorang tak kisah, lagipun semua ahli adalah hygenic.

Jadi, kepada siswa-siswi yang nak berjimat, bolehlah cuba cara ini. Cuma pastikan ahli-ahli kongsi makan adalah hygenic dan tak berkira. Betul kata ustaz, rezeki yang disentuh oleh tangan yang banyak itu ada keberkatannya. Berapa peratus penjimatan, kiralah sendiri.

Selamat mencuba.

7 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Ooo... masa zaman aku dulu, nasi kita org tanak di bilik hostel... lauk pauk ikut giliran tapau... makan kat hostel. Duit sumbangan bulanan ahli...

Oleh kerana makcik kantin hidu taktik ini, makcik kantin pulak buat proposal.... dia sediakan mangkuk tingkat (tiffin) siap dengan bungkusan nasi... ikut pesanan.... rm10, rM15 ...

SuzieLAWAti said... [Balasan]

kawan2 ksu dulu .. kalau boleh nyorok kepala tu dalam lemari kalau nak makan...

kalau kita punya pulak.. yang dalam mulut pon nak korek ....

sgt tak hygienic...

t.a.t.a said... [Balasan]

masa di kolej dulu masak time tak balik rumah, sabtu dan ahad aje. hari biasa sibuk dengan kelas. timing kelas pulak tak sama dengan geng lain.

satu rice cooker boleh dibuat goreng telur dan ikan, goreng sayur, buat sup dan masak nasik.

masak extra boleh buat makan 2 kali.

betul. hal² macam ni best bila memasing tak kisah, tapi hygienic la kena.

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
kagum betullah dgn makcik kantin tuh.

cinta said... [Balasan]

@CiKPuaNLawA
elok simpan lipas dlm lemari tu. keh3..

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
hostel den x dibenarkan bwk rice cooker. trip. ada jgk yg degil cuba bwk sorok dlm false ceiling. nak idup.. tp menarik tu rice cooker jadi multicooker.

t.a.t.a said... [Balasan]

masa sek menengah duk asrama, kettle tak boleh. tapi curi² bawa jugak.

biasa la kan bebudak. kata jangan itu jugak yang dibuatnya.