Tuesday, February 18, 2014

Minggu Lepas Dapat MC Satu Minggu

Satu hari balik kerja rasa penat gila. Betul gila penat. Tapi sempat juga angkat kain, lipat kain, berkungfu dengan kanak-kanak riang, solat maghrib, lepas tu dah tak boleh tahan. Rasa nak baring. Baring kejaplah kot. Kain tak habis lipat, masak pun belum. Incek papa balik dan incek papa nampaknya sama penat. Ok, tapau saja, rancangan balik Soromban malam tu kensel. Esok pagi je lah. Lepas isyak terus lelap, anak-anak entah bila tidur pun tak tahu. Sedar-sedar tengah malam rasa sejuk gila-gila punya sejuk. Badan sakit-sakit, sendi lenguh-lenguh. Incek papa pun sama. Pulak..

Pendek cerita kitorang kena denggi. Incek papa warded. Doktor nasihatkan aku sama masuk sebab bawak budak (hehe..) tapi sebab aku tetiba rasa macam sihat jek aku menderhaka nasihat doktor. Aku balik rumah. Boleh gitu.. Ada beberapa sebab yang mempengaruhi kepututsan menderhaka tersebut.

 1- aku risau anak-anak walaupun ikut logik aku patut berjauhan dari diorang sebab takut berjangkit (kot-kot ada nyamuk gatal nak gigit aku pastu gigit anak-anak).

2- kena tahan kat hospital adalah perkara paling bosan yang aku tak boleh tahan.

3- Aku rasa macam sihat dan kalau aku kena tahan kat hospital aku rasa macam orang sakit.

Tapi tiap-tiap hari aku tak ponteng appointment dengan doktor untuk buat blood test. Dan aku ikut nasihat doktor minum air banyak-banyak sampai aku pernah teguk 6L air dalam satu hari. Kagum betul aku kat diri sniri. Cis, takbur pulak.. Tapi kenalah ulang-alik buang air 20mnt sekali. Sanggup? Heh..

Ada beberapa pengetahuan dan pengajaran yang aku dapat daripada pengalaman mendenggi minggu lepas.

1- Jangan over-confident tak kena denggi walaupun tak pernah terserempak aedes dalam rumah sebab diorang datang tanpa bagi salam.

2- Kalau dah syak kena denggi cepat-cepat pergi klinik sebab pengesanan peringkat awal membolehkan kita bertindak cepat, berlagak sihat dan menderhaka nasihat doktor untuk ditahan di hospital. Ngehh...

3- Dah confirm kena denggi sila minum air banyak-banyak kalau tak nak kena tahan kat hospital dan baring dan air masuk ikut tangan. Tak suka tak suka. Kalau air tu boleh masuk ikut mulut buat apa susah-susah nak cucuk kat tangan kan.. (Dasar penakut jarum. Cis).

4- Cara-cara untuk minum air dengan banyak - siapkan botol air mineral yang besar 1.5L tu, penuhkan, pastu minum sikit-sikit sampai habis. Dah habis, tambah lagi dan minum lagi sikit-sikit sampai habis lagi. Dan lagi dan lagi. Pastikan boleh habis sekurang-kurangnya 2 botol tu dalam masa 24 jam. Ya, 24jam, den tak suruh ekau minum 2 botol tu dalam 2 jam yo.. Jangan sekso diri. Haa, lagi banyak lagi bagus. Er, bersedia untuk ulang alik buang air. Hee..

5- Pastikan takde demam. Mesti selalu monitor suhu badan.

6- Jangan ponteng ujian darah.

7- Dulu ingatkan ambil darah cucuk hujung jari je rupa-rupanya tiap kali ambil darah dia ambil satu tabung lebih kurang 3 - 5 ml. Aku kena 6 kali cucuk dalam satu minggu tu. Adui...

8- Nak ikut petua orang tua-tua makan sup ketam ke, minum air rebusan daun betik ke terpulang. Tapi den tak buek tu sumo. Hehe, tak sanggup den minum air daun botik tu. Baiklah den minum air bobanyak. Tapi kalau boleh buat, buatlah. Usaha..

9- Jangan memperlekehkan petua orang tua-tua walaupun anda taknak ikut dan jangan takbur kalau mampu berlagak sihat dalam tempoh kena denggi sebab semua tu Allah yang bagi. Kot tetiba dia putuskan nyawa kat situ apo nak dikato.

10- Istighfar banyak-banyak. Heee...

11- Rehat banyak-banyak terutama kalau sel darah putih banyak berkurang sebab akan cepat rasa penat. Banyakkan makan makanan berkhasiat. Yang ni walaupun aku cakap tapi aku pun tak buat. Ada anak macam si leng chai itu yang macam hyperactive korang ingat boleh rehat ke? Kih3..

8 comments:

t.a.t.a said... [Balasan]

Ahad lepas kitorg ada gathering. Kawan aku cakap dia tak sihat sangat. Lenguh-lenguh sendi. Terus kami cakap pi check hospital, takut suspek denggi nanti.


6L satu hari? Aku minum 2L ni pun asyik nak gi ladies aje. Huhu.

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
aku sniri pun pelik camane aku boleh minum sampai 6L. Selalu tu minum 3 gelas je 1 hari. Semangat tak nak kena admit agaknya. keh3..

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Dah pernah kena anak beranak.... siksa sungguh...

Dr K said... [Balasan]

Bersabarlah kalau masih terasa lemah sekarang..sebab rata2 poesakit denggi, fasa sembuh seperti sediakala(cergas segar bugar), kadangkala ambil masa 2 - 4minggu ( setelah bacaan platelet menaik)..

One more thing, minum air banyak mmg perlu, cuma jangan terlalu banyak, ada bahayanya ( water toxicity). 6L, considered terlebih tu :P

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
uih, kena ank beranak. besar sungguh ujian tu.

cinta said... [Balasan]

@Daddy Ziyyad
wah, info baru. tq doc. tp 6L tu air mineral boleh kena keracunan jgk ke doc? eh, ye tak ye, bahaya jgk terlebih mineral. adui..

t.a.t.a said... [Balasan]

cinta, some said 1 liter for each 25kg of our weight.

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
wah, ni pun info baru. tq for sharing. byk info psl air aku xtau nih.