Dalam tatabahasa bahasa Arab perkataan juga ada jantinanya. Dalam pemilihan nama-nama bayi selalunya perkataan-perkataan berjantina ini akan disesuaikan dengan jantina bayi. Pendek kata perkataan 'bersifat lelaki' atau dalam istilah bahasa Arabnya 'muzakkar' digunakan dalam menamakan bayi lelaki dan perkataan 'bersifat perempuan' atau dalam istilah bahasa Arabnya 'Muannas' digunakan untuk menamakan bayi perempuan.
Jadi bila aku meletakkan pangkal nama 'Nur' untuk si leng chai itu ramai yang tanya kenapa bagi nama perempuan? Ya, 'Nur' adalah salah satu perkataan bersifat muannas. Tetapi kata jamaknya 'Anwar' bersifat muzakkar. Jadi kenapa aku tak bagi nama Anwar? Aku jawab 'saja je..' hehe..
Nur Muhammad.
Sebenarnya ada sebabnya.
Selain lahir pada pagi Isnin sebelum subuh (yang menjadi asbab keseluruhan namanya), secara peribadi aku rasa lelaki dengan sedikit ciri-ciri 'keperempuanan' itu lebih berkualiti berbanding lelaki yang penuh ciri-ciri kelelakian yang menjurus kepada kejantanan di mana kejantanan itu bagi aku akan membawa banyak permasalahan. Jadi aku cuba suntikkan sedikit unsur kelembutan dalam nama tersebut dengan harapan orangnya nanti tidaklah terlalu keras sepertimana kebanyakan lelaki yang ingin dilihat macho dan perkasa.
Dan lagi aku tak berani menamakannya dengan nama-nama yang bersifat super duper sebab tak semua manusia boleh membawa perwatakan itu. Salah bagi nama yang tak mampu dipikul nanti bayi banyak ragam aku jugak yang susah. Eheh.. Jadi aku lebih suka nama yang orang lihat sebagai biasa-biasa saja.
Setelah dua tahun lebih aku rasa nama itu ada pengaruh kepada karakter empunya badan. Walaupun sifat muannas pada perkataan itu tidak mampu melembutkan perbuatannya (yang sangat admire ultraman dan superhero serta suka action), tapi aku boleh nampak 'nur' yang dibawa dalam perwatakannya sejak bayi.
Dia happy baby. Agah sikit je dia ketawa mengekek-ngekek. Belum diagah pun dia dah senyum lebar sampaikan tok ki nya di kampung panggil dia smael (mula-mula aku ingatkan ismail rupanya smile). Sampai sekarang dia masih seorang budak yang senang gembira dan menggembirakan orang. Peramah, mungkin jangkitan sifat akaknya yang sangat mesra alam. Tapi kadang-kadang ada juga angin ributnya. Tambah-tambah bila di-provoke kakaknya. Akan jadi taufan kalau dia tak puas hati sebab menyesal. Pandai pulak menyesal tu.
Sensitif. Yup. Paling ketara bila dia menangis tengok cerita kartun (lupa lak tajuk apa, pernah tayang kat tv alhijrah) yang anak burung ramai-ramai hidup dengan ibu burung dan akhirnya ibu burung mati dalam kebakaran hutan. Dia nangis teresak-esak, meleleh-leleh air mata dan asyik tanya 'mama ye ane?' Bila aku cakap mama dia dah mati lagi kuat dia nangis. Adoyai... Akhirnya ditenangkan oleh aku dengan usahasama kakaknya yang cakap mama dia masuk syurga. Itupun kena terangkan panjang lebar. Lepas berapa minit ntah baru reda. Tapi mata masih merah. Hadoi.. Tak terfikir pula aku ada kartun sad ending macam ni.
Bangun tidur dia akan senyum. Sampai sekarang. Pernah sekali dia tidur dengan titush (plushtoy tikus), bila celik mata (celik separuh je pun..) dia nampak titushnya dan tangannya goyang-goyang dan cakap 'Ai titush' dengan senyum hensem baru bangun tidur. Hee.. Kalau tak selalunya dia akan 'Ai mama..' Kadang-kadang dia turun katil dan cari aku kat tempat gosok baju dan datang peluk dan kalau aku peluk dan gosok-gosok kepala dia akan cakap 'yang mama' dengan senyum hensem itu.
Lagi, dia suka sepetkan mata, senyum nampak gigi, gesel-geselkan kepala kat mama, papa, atuk, nenek, dan buat bunyi meow, meow..
Tapi kalau dah namanya boy, tau-tau ajelah ye lasaknya. Kadang-kadang macam Dennis The Menace pun ada.
Eh, berbalik kepada cerita nama tadi. Sekarang aku tengah perah otak untuk nama adik dia. Oh ye, nama aku juga bersifat muzakkar sebenarnya tapi dineutralkan dengan pangkal Siti.
4 comments:
Alaaaa hai cinta, sweet nya la leng chai tu. Agak nya kalau kau penat balik kerja tengok muka dia, keletah dia, hilang tak semua lelah kau?
@t.a.t.a
betul. bole lupa penat. tapi time cuaca dia mendung makin penat la. heheh..
Mesti leng chai ni sweet, berjiwa lembut...hehe..
@aTieYusof Family
sweet mungkin ya. jiwa lembut? mm.. mungkin tidak.. kih3..
Post a Comment