Thursday, November 20, 2014

Xenophobia

Pagi-pagi keluar rumah, masuk lif, dalam lif ada warga asing.

Keluar parking, ada guard tunggu dekat exit parking. Warga asing.

Keluar pintu pagar, dengar suara dari guardhouse menyapa "morning boss". Pun warga asing.

Masuk kedai mamak, ada ane ambil order. Cakap Melayu sepatah dua, order pakai ayat panjang dia tak faham. Sah, warga asing.

Ok, tak nak mamak, masuk kopitiam. Sama juga. Tukang ambil order, warga asing.

Masuk parking. Yang jaga parking warga asing.

Pergi isi minyak. Warga asing lagi.

Lalu tapak pembinaan. Nampak lembaga-lembaga bertopi kuning dengan but keselamatan. Warga asing.

Pergi ladang kelapa sawit. Mereka juga. Warga asing.

Order almari. Yang datang pasang warga asing.

Tukang potong rumput. Warga asing.

Pergi stesen bas. Tiba-tiba terasa macam di Jakarta.

Pergi Masjid India hari cuti rasa macam di Dhaka.

Pergi Brickfield. Rasa macam kat Mumbai.

Masuk kilang elektronik, kilang plastik, kilang stamping. Production floor, warehouse, diorang sapu bersih.

Masuk toilet, ada tukang cuci tengah lap sinki. Warga asing.

Pergi pasar nak beli ikan sekali dengar slang tokey ikan, pandang muka betul-betul. Sah warga asing.

Selak-selak surat khabar. Bunuh, dera, rogol, rompak, culik. Mereka tambah statistik. Tak semua mereka yang buat tapi mereka penyumbang besar.

Itu hari tengok NST. Jumlah mereka 6.7 juta. 3 kali lebih ramai daripada kaum India tempatan, 25 kali lebih besar daripada populasi penduduk Perlis. Dari 6.7 juta hanya 2.1 juta sahaja ada permit.

Duit kerajaan kita (baca: duit cukai kita) subsidi bahan api, makanan, rebat api air, mereka juga sama merasa.

Dan aku belajar istilah baru - Xenophobia. Sekarang aku rasa 'ketakutan' jenis ini semacam perlu.

8 comments:

SuzieLAWAti said... [Balasan]

OOOO.. itu rupa nya bunyik kalau ketakutan sebegitu...

tah lama rasa macam tu... usah kat pegi brickfield ke masjid india...

pegi KLCC pon dah rasa macam kita ni pulak datang negara orang holiday.... hermmmm...;(

cinta said... [Balasan]

@CiKPuaNLawA

tp saya taktau nak sebut tu. haha..

ha ah kn.. klcc pn.

hmm, kat rumah saya pn dah rasa mcm duk kat arab saudi.

eh, kt dept kita pn ramai kan kan kan.. berpermit la tapi. heee..

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Nih jenis takut org ramai ek?

SuzieLAWAti said... [Balasan]

tengah makan ni.. tetiba teringat entry awak... saya pon membuka dan komen dan macam duk makan kat negara orang ... ;(

Julie Shahril said... [Balasan]

agak2 la kan..kalo org mesia jenis tak memilih keje, majikan amek warga asing tak? org mesia tak nak keje cuci toilet, low class. tak nak keje buat rumah/bangunan...nanti hitam, penat. nak keje dlm bilik ekon jek. sebab tu warga asing suka dtg mesia, diaorg kata mesia ni syurga sbb byk peluang keje.

ntah la. tapi mmg kdg2 rasa mcm duduk kat nepal. hihi.

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff

takut org asing

cinta said... [Balasan]

@CiKPuaNLawA

anggaplah tgh melancong. hee..

cinta said... [Balasan]

@julie shahril

org msia jenis tu klau xde keja pn bole idup sbb ada org suapkan. adoi..

nepal ea? teringat dulu2 keja kilang naik van dgn nepal g keja. haha..