Friday, July 31, 2015

Doa


Dalam kita (termasuk aku) asyik mengutuk dan mengumpat beberapa mangkuk yang tidak dapat difahami kemangkukkannya, aku rasa kita terlupa ada perkara yang lebih baik yang kita boleh lakukan dan menyumbang kepada keadaan yang lebih baik.

Er, kita sendiri pun tanpa disedari kadang bertindak macam mangkuk. Itu realiti.

Jadi sempena hari Jumaat yang indah ini apakata kita sama-sama berdoa supaya Allah mentakdirkan sesuatu yang baik untuk negara kita yang tercinta ini.

Jangan lupa juga berdoa semoga Allah bukakan hati kita untuk melihat kebenaran itu sebagai satu kebenaran dan kebatilan itu sebagai satu kebatilan.

Awas, jangan mintak bala. Walaupun untuk orang yang kita rasa patut dapat bala. Allah maha mengetahui apa yang terbaik.

Semoga  Allah bukakan hati kita seluruh rakyat Malaysia tanpa terkecuali seorang pun untuk menerima hidayah-Nya.

Thursday, July 30, 2015

Good Practice


Susun atur pinggan mangkuk dalam kabinet, mangkuk-mangkuk mesti disusun sebelah atas.

Wednesday, July 29, 2015

Aduh Aduh Sayang, Mengapa Kau Curang



Lalu para menteri baru mengangkat sumpah jawatan dan setia dan sumpah simpan rahsia.

Sumpah bercakap benar?

Ada berani?

Monday, July 27, 2015

Tahukah Anda


Kenaikan kadar tol tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.

Sebaliknya,

penghapusan tol adalah langkah yang bijak untuk kelancaranan trafik.


***

Itu pengajaran yang dapat aku kutip raya tahun ini.

Salah satu punca terbesar kesesakan jalan raya adalah disebabkan kenderaan perlahan dan berhenti di plaza tol.

Thursday, July 16, 2015

Aliran Trafik Pantai Timur

Malam tadi sampai. Selepas 13jam bertapa dalam kereta.

Konon nak keluar awal.

Tapi pagi-pagi dah dengar berita kesesakan kat tol Gombak, kat Karak.

Mungkin itu batch yang bertolak sesudah sahur.

Si kecik ensem itu demam-batuk-selsema pulak...

Gi klinik dulu. Update bekalan ubat (baca: dadah) free. Heheh.

Pukul 9 pagi akhirnya bertolak secara rasmi.

Tol Gombak clear.

Sampai Karak merangkak sampai Bentong. Amekaw.. Dua jam bazir di sini.

Nampak beberapa si bodoh tunjuk terer pecut kat emergency lane.

Sampai depan terhegeh-hegeh tagih simpati nak masuk line. Trafik dah memang slow dan kumpulan si bodohtunjukterer melambatkan lagi aliran trafik.

Betul lah. Kebodohan boleh buat orang marah.

Sabor je la.

Berhenti tapau KFC untuk kanak-kanak riang.

Kecit ensem tu pun sama terpaksa makan KFC.

Whipped potato tanpa sos. Licin dia makan. Pastu joget-joget. Sudah.. tersuka fast food ke apa?

Masuk LPT ada beberapa spot trafik slow tapi ok boleh jalan lagi.

Exit Cukai sebab nak cari lemang di Kijal.

Masuk balik highway. RNR dan hentian sebelah semua penuh.

Solat kat Ajil. Orang tak ramai.

Tapi selepas tu merangkak sepanjang 6km exit KT.

6km selama dua jam setengah.

Tengah-tengah jalan tukar pilot. Bagi can incek papa tidur. Nasib baik ensem kecit tu tidur dalam baby seat.

Lagi dua kanak-kanak riang terlelap lepas penat buat kecoh.

Tapi aku lak buat kecoh memekak nyanyi lagu raya.

Tapi memandangkan semua pun tidur dengan lena bolehlah aku anggap suara aku merdu. Kot tak merdu mesti dah dapat kritikan juri kan.

Dah exit highway rupanya episod jam tak habis lagi.

Jam lagi sekitar Permaisuri.

Berbuka dalam kereta. Nasib baik ada spare roti.

Tapi nak kena pujuk kecit ensem tu sebab roti dia yang pegang. Lepas setengah jam baru berjaya.

Hari ni aku rasa kesesakan akan berlaku kat kawasan yang sama.

Jadi saranan aku kepada sesiapa ikut LPT 2 sila exit Ajil kemudian ikut jalan pantai.

Dan dengarlah Suria FM. Sebab dia punya trafik update sangat kerap 24 jam sehari, tepat dan menyeluruh. Dan ye, lagu-lagu raya yang awesome.

Frekuensi Suria FM:
Lembah Klang: 105.3
K.Terengganu: 102.4

Apa-apa pun berhati-hati di jalan raya. Bertimbangrasa dan jangan jadi sibodohtunjukterer.

Bibir ni kalau pakai lipstick mau seminggu sebatang. Nasib baik boy.
Selamat hari raya.
Maaf zahir dan batin.



Wednesday, July 15, 2015

Makan Sisa Makanan

Ini bukan sarcasme atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

Saranan ini adalah betul-betul.

Amalan ni aku dah buat dan terbukti selamat dan mengelakkan pembaziran.

Selain itu ada juga beberapa faedah sampingan contohnya menjimatkan masa dan tenaga.

Caranya?

Mana-mana lauk yang tak habis contohnya asam pedas yang isinya dah selamat bersemadi dalam perut dan yang tinggal cuma kuah - pack lebihan kuah dalam bekas dan simpan beku dalam freezer.

Lain kali cuma panaskan dan tambah isi ikan sahaja.

Cara ni dah berjaya menjimatkan masa aku untuk sediakan juadah berbuka.

Antara lauk yang pernah aku bekukan ialah asam pedas (kuah sahaja), ayam masak kicap (pun kuah sahaja) dan rendang (daging, ayam, itik).

Selain dibekukan ada lauk yang boleh dikitar semula jadi lauk lain.

Contohnya masakan ayam atau ikan goreng cili yang isinya dah selamat jadi santapan, lebihan cili boleh digunakan untuk masak asam pedas atau sambal tumis ikan bilis ke, udang ke, sotong ke.

Lain-lain macam biasalah ayam goreng atau ikan goreng yang lebih boleh dijadikan bahan dalam nasi goreng.

Jom cuba. Elakkan pembaziran.


Tuesday, July 14, 2015

Eksploitasi Menghasilkan Jalan Alternatif


Jalan Tun Razak dari RHB sampailah ke IJN, selalu melarat sampai ke Bulatan Pahang sesak-melekat-padat di bulan Ramadhan.

Dua-dua arah pun sesak. Itu biasa.

Nak lepas persimpangan Jalan Ampang di Ampang Park kadang rasa macam hampir putus asa.

Nak ke Ampang? Lalu Jalan Ampang di waktu puncak kita boleh tengok orang jalan kaki selamba potong kereta.

Nak ke Jalan TAR? Musim raya nak ke sana di waktu puncak? Jangan cari pasal kalau tiada urusan.

Nak ke Jalan Ipoh? Jalan Kuching? Nak ke tol Gombak? MRR II?

Jom eksploitasi parking area.

Jalan alternatif ini memerlukan kita untuk memiliki kad Touch N Go.

Senang je.

Nampak papantanda KLCC? Haa, masuk parking KLCC, bayar pakai Touch N Go, dah masuk terus cari exit ke AKLEH (papantanda tulis Lebuhraya Bertingkat).

Keluar parking dah masuk AKLEH.

U-Turn sebelum exit Jalan Sultan Ismail untuk ke Ampang, Jalan Kuching, Jalan Ipoh, Keramat, MRR II dan jalan-jalan yang berdekatan.

Untuk ke Jln Kuching dan Jln Ipoh terpaksa tempuh Jalan Tun Razak juga, papantanda tulis Jalan Tun Razak (U) exit kat Flat PKNS Jln Tun Razak.

Tapi dah terlepaslah seksaan simpang kat Ampang Park dan dah lepas juga simpang Yap Kwan Seng.

Nak ke Jalan TAR boleh terus je.

Ada beberapa lagi building basement parking di sekitar KL yang boleh dieksploitasi. Kalau ada yang lain meh kongsi meh.

Lagu Raya

Pagi-pagi pergi kerja dengar lagu raya.

Nasib baik incek papa yang drive.

Kalau aku drive agaknya ringan aje tangan hala stereng ke tol Gombak.

Eheh.

Monday, July 13, 2015

Alarm Clock

Pagi tadi.

Kecik hensem itu mintak susu.

Dalam mamai mamanya bangun.

Sekali tengok jam dah 5.20.

Adoi. Camana boleh tak dengar alarm.

Cepat-cepat kejut incek papa untuk sahur.

Tengah buat susu incek papa datang.

Dalam mata separuh buka incek papa bertitah'

"5.20 menda. 6.20 daa."

Tiba-tiba je ada bunyi cengkerik di subuh hari.

Thursday, July 2, 2015

Ada Sesiapa Boleh Tolong Saya?


Tiap kali masak menu yang menggunakan telur masin - kwai tai meow ke, salted egg prawn ke, masalah terbesar adalah nak menghabiskan telur putih

Sebabnya 1keluarga kurang gemar telur masin bahagian yang putih tu.

Jadi bila teringin nak masak menu-menu bertelur masin ni akan rasa bersalah dan fikir sepuluh kali sebab takut membazir telur putihnya.

Ye lah, sepuluh kali (tipulah sampai sepuluh kali. Hee...) telur putih tu keluar masuk fridge sampai berkulat sudahnya dibuang. Membazir betul.

Ada sesiapa yang tahu apa-apa menu yang menggunakan telur masin putih tu dalam ramuannya?

Kalau ada tolong share. Please please please...

Wednesday, July 1, 2015

Surah at-Takwir


at-Takwir (surah ke 81)
29 ayat

1-apabila matahari digulung.

2-dan apabila bintang-bintang berjatuhan.

3-dan apabila gunung-gunung dihancurkan.

4-dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak terurus.

5-dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan.

6-dan apabila lautan dipanaskan.

7-dan apabila roh dipertemukan (dengan tubuh).

8-dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikuburkan hidup-hidup ditanya.

9-kerana dosa apa dia dibunuh?

10-dan apabila lembaran-lembaran (catatan amal) telah dibuka lebar-lebar.

11-dan apabila langit dilenyapkan.

12-dan apabila neraka jahim dinyalakan.

13-dan apabila syurga didekatkan.

14-setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan.

15-aku bersumpah demi bintang-bintang.

16-yang beredar dan terbenam.

17-demi malam apabila telah larut.

18-dan demi subuh apabila fajar telah menyinsing.

19-sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (jibril).

20-yang memiliki kekuatan, memiliki kedudukan tinggi di sisi (Allah) yang memiliki Arasy.

21-yang di sana (di alam malaikat) ditaati dan dipercayai.

22-dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah orang gila.

23-dan sungguh, dia (Muhammad) bukanlah seorang yang kikir (enggan) untuk menerangkan yang ghaib.

25-dan (al-Quran ) itu bukanlah perkataan setan yang terkutuk.

26-maka ke manakah kamu akan pergi?

27-(al-Quran) itu tidak lain adalah peringatan bagi seluruh alam.

28-(iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang menghendaki menempuh jalan yang lurus.

29-dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila Dikehendaki Allah tuhan seluruh alam.