Tuesday, July 14, 2015

Eksploitasi Menghasilkan Jalan Alternatif


Jalan Tun Razak dari RHB sampailah ke IJN, selalu melarat sampai ke Bulatan Pahang sesak-melekat-padat di bulan Ramadhan.

Dua-dua arah pun sesak. Itu biasa.

Nak lepas persimpangan Jalan Ampang di Ampang Park kadang rasa macam hampir putus asa.

Nak ke Ampang? Lalu Jalan Ampang di waktu puncak kita boleh tengok orang jalan kaki selamba potong kereta.

Nak ke Jalan TAR? Musim raya nak ke sana di waktu puncak? Jangan cari pasal kalau tiada urusan.

Nak ke Jalan Ipoh? Jalan Kuching? Nak ke tol Gombak? MRR II?

Jom eksploitasi parking area.

Jalan alternatif ini memerlukan kita untuk memiliki kad Touch N Go.

Senang je.

Nampak papantanda KLCC? Haa, masuk parking KLCC, bayar pakai Touch N Go, dah masuk terus cari exit ke AKLEH (papantanda tulis Lebuhraya Bertingkat).

Keluar parking dah masuk AKLEH.

U-Turn sebelum exit Jalan Sultan Ismail untuk ke Ampang, Jalan Kuching, Jalan Ipoh, Keramat, MRR II dan jalan-jalan yang berdekatan.

Untuk ke Jln Kuching dan Jln Ipoh terpaksa tempuh Jalan Tun Razak juga, papantanda tulis Jalan Tun Razak (U) exit kat Flat PKNS Jln Tun Razak.

Tapi dah terlepaslah seksaan simpang kat Ampang Park dan dah lepas juga simpang Yap Kwan Seng.

Nak ke Jalan TAR boleh terus je.

Ada beberapa lagi building basement parking di sekitar KL yang boleh dieksploitasi. Kalau ada yang lain meh kongsi meh.

4 comments:

SuzieLAWAti said... [Balasan]

syyyhhhh.... nnti ramai yg tau....
dah sesak pulak jalan situ... hahahaa

julie shahril said... [Balasan]

nak lagi senang? naik la train seperti saya...hahahahaa..
ok bai.

cinta said... [Balasan]

Jgn risau. Jln tu tak free n sbnrnya jauh sikit. Insya Allah tak jem.

cinta said... [Balasan]

Best la klau dpt naik tren. Tren jauh dari rumah. Klau nk gi situ lg dasyat jem.