Friday, July 31, 2015
Doa
Dalam kita (termasuk aku) asyik mengutuk dan mengumpat beberapa mangkuk yang tidak dapat difahami kemangkukkannya, aku rasa kita terlupa ada perkara yang lebih baik yang kita boleh lakukan dan menyumbang kepada keadaan yang lebih baik.
Er, kita sendiri pun tanpa disedari kadang bertindak macam mangkuk. Itu realiti.
Jadi sempena hari Jumaat yang indah ini apakata kita sama-sama berdoa supaya Allah mentakdirkan sesuatu yang baik untuk negara kita yang tercinta ini.
Jangan lupa juga berdoa semoga Allah bukakan hati kita untuk melihat kebenaran itu sebagai satu kebenaran dan kebatilan itu sebagai satu kebatilan.
Awas, jangan mintak bala. Walaupun untuk orang yang kita rasa patut dapat bala. Allah maha mengetahui apa yang terbaik.
Semoga Allah bukakan hati kita seluruh rakyat Malaysia tanpa terkecuali seorang pun untuk menerima hidayah-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Ameen... InShaaAllah... Moga Allah permudahkan.
Terima kasih kak su tlg aminkan.
tak best ah citer psl politik je, pinggan mangkuk kat umah pon tak tersusun jugak., huhu2
Betul betul betul.
dalam hati sentiasa mendoakan yang baik2
Tp ramai yg doa mintak bala. Marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Post a Comment