Friday, January 15, 2016

Tiga Lalat Calendar Giveaway


Rasa aku sejak 7 tahun (lebih kurang) memegang jawatan blogger ini adalah kali ke-3 aku join GA.

Mood nak join GA sebenarnya tak berapa nak hangat. Bukan je sebab tak pernah menang tapi sebab aku sememangnya tak berapa rajin (baca: malas) sejak azali.

Tapi bila wak tiga lalat menganjurkan GA dengan hadiah yang sangat rare on earth yang aku takkan jumpa kat mana-mana kedai atau muzium atau post office atau cafe kak uda sekali pun, semangat nak join GA tetiba jadi membara.

Tambahan lagi tahun ni aku cuma ada kalendar dari pusat zakat yang aku tak tayang tapi selit tepi cpu sebab takut timbul rasa riak dan takbur macam aku sorang yang bayar zakat. Eheh.

Jadi kalaulah aku menang kalendar wak bolehlah aku tayang kat member-member ofis tanpa rasa serba salah malah dengan penuh rasa bangga yang aku ada kalendar cun lagi rare.

Kepada siapa-siapa yang nak join aku nasihatkan jangan join.

Supaya aku ada harapan lebih besar untuk menang.

Hehehehehe. Ok ok. Join lah join. Tapi buat lebih kurang sudah. Kasi aku can nak menang. Ngehhh...

Nak tau terma dan syarat-syarat sila ketuk kepala Storm Trooper kat bawah ni



Amaran kepada yang belum pernah jenguk tingkap wak:

segala keasyikan dan ketakjuban terhadap gambar gambir wak tiga lalat adalah risiko sendiri. Pihak blogbicaracinta tidak akan bertanggungjawab terhadap ketagihan untuk bertandang lagi dan lagi dan lagi ke rumah wak dan skodeng lagi dan lagi dan lagi galeri wak.

Psst wak, kalau kasi saya menang wak boleh jimat duit postage, jimat masa dan tenaga nak gi post office. Walaupun wak ada kat Moscow sekalipun. Heeee... (gelak minion).

6 comments:

Wak Lat said... [Balasan]

wahh., entri mengampu ni harap2 berhasil., kihkih2 gudluck yee maksiti ;p

cinta said... [Balasan]

Itu baru kipas wak.
Belum aircond lg tu.
Hehe..

SuzieLAWAti said... [Balasan]

oooooo...... ok...

selamat berjaya.....

kalo tak berjaya.... kita p repot polis.... :P ..

cinta said... [Balasan]

Klau xberjaya kita buat muka kesian tiap kali lalu dpn wak.

Unknown said... [Balasan]

Assalam. Good luck lah.. harap-harap dapat lah kelender wak tuuu..

cinta said... [Balasan]

Wsalam. Tq 4 d wish :D
Dh dpt 3 good luck. Yaey...