Friday, January 8, 2016
Awas. Entri Ni Panjang
Beberapa hari lepas dapat satu mesej yang katanya viral.
Ada gambar dua orang awek cun baju hitam dan baju merah pegang *bible versi kartun bahasa Melayu.
(*Mesej tu tulis injil tapi aku tak sampai hati nak panggil itu injil).
Dan dalam mesej tu berpesan supaya menghindarkan diri daripada dua awek cun ini untuk menyelamatkan iman.
Kau dah kenapa nak main lari-lari sorok-sorok?
Larian menyelamatkan iman eh? Tapi sampai bila?
Mungkin kita berjaya 'menyelamatkan' iman kita tapi macamana dengan iman anak cucu kita?
Kenapa tak siapkan diri dengan ilmu? Sampai bila kita nak main sorok-sorok?
Untuk siapa-siapa yang tak pernah baca bible meh aku nak kabor camana nak dakwah diorang ni dengan kitab yang diorang bawak.
Mula-mula,
Nampak tak dalam gambar tu dua awek tu tak pakai tudung kan (of course la, diorang kan bukan muslim).
Mula-mula cer tanya dia 'u percaya bible ke?'
99.9% aku rasa jawapannya ialah ya.
Yelah, dah itu yang dia nak bagi kita takkan dia nak cakap dia tak caya lak ye dak.
Bila dia ckp ye, tanya dia kenapa dia tak tutup kepala bukan ke dalam bible ada suruhan supaya perempuan tutup kepala? Lepas tu quote dia ayat bible ni :
For if the woman be not covered, let her also be shorn: but if it be a shame for a woman to be shorn or shaven, let her be covered.
1 Corinthians
Chapter 11 verse 6.
Ha nampak? Dalam bible pun ada arahan suruh tutup kepala tapi u tak nak ikut. Betul ke u percaya bible?
Dalam bible suruh cukur kalau tak nak tutup kepala. Nampak sungguh tegas kat situ.
Lepas tu untuk justify yang dia tak tutup kepala mungkin dia akan cakap yang tuhan itu maha penyayang dan kita cuma perlu percaya yang tuhan hantar anaknya Jesus yang disalib mati untuk menghapuskan dosa manusia then senang-senang dapat masuk syurga.
Tak perlu nak tutup aurat, solat, puasa, khatan etc etc. Yang penting hati. Mungkin itu yang akan diorang jadikan modal sembang.
Dia habis bercerita pasal tu tanya dia abis tu kalau seorang perogol yang percaya Jesus itu anak tuhan yang mati disalib untuk menyelamatkan manusia adakah perogol tu boleh senang-senang masuk syurga? Mana aci!
Lepas tu quote dia ayat ni pulak:
Ye see then how that by works a man is justified, and not by faith only.
James 2:24
Suruh dia baca bible James chapter 22 satu bab tu cerita pasal keimanan bukan sekadar percaya.
Sebab tu dalam Islam kita ada syariat, solat, puasa, zakat, buat baik kepada ibu bapa, hormat orang, jangan melampau, jangan jadi racist, jangan buat jenayah dan lain-lain, sebab kita nak menunjukkan keikhlasan kita dalam beragama dan menjadi orang yang baik dan membawa kepada kebaikan.
Orang jahat mana boleh senang-senang masuk syurga cik kak... Halo, common sense ada?
Lepas tu bagi dia chance cerita lagi. Sukatilah dia nak cerita apa.
Bla bla bla... itu ini itu ini bla bla bla...
Dia habis bercerita bab tu tanya dia lagi 'u sayang Jesus tak?'
200% aku rasa jawapannya ialah ya.
Bila dia jawab ye kabor kat dia yang kita muslim sayang Jesus lebih daripada orang kristian.
Bagi dia tau yang salah satu rukun iman adalah percaya kepada nabi dan Jesus adalah salah satu daripada 25 nabi yang orang Islam wajib percaya.
Bagitau dia satu-satunya agama selain Kristian yang percaya Jesus adalah Islam, dan u anggap we all sebagai seteru?!
Bagitau dia kita muslim percaya yang Jesus dilahirkan tanpa bapa, yang mana orang kristian sendiri pun belum tentu percaya sebab tu diorang bagi genealogy Jesus. 66 genealogy dan dalam list tu tak ada pun tuhan yang tersenarai dan korang kata Jesus anak tuhan?!
Dan bila korang mengadakan genealogy untuk Jesus maksudnya korang meragui kesucian Mary ibu Jesus. Sedangkan kami muslim percaya yang Mary itu suci, tak pernah disentuh mana-mana lelaki.
Dan sebagai penghormatan satu surah dalam al-quran dinamakan surah Maryam, dan namanya disebut-sebut dalam al-quran sebanyak 2kali ganda lebih banyak daripada yang terdapat dalam bible.
Surah Aal-e-Imran, ayat 42:
وَإِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاكِ وَطَهَّرَكِ وَاصْطَفَاكِ عَلَىٰ نِسَاءِ الْعَالَمِينَ
And when the angels said: O Marium! surely Allah has chosen you and purified you and chosen you above the women of the world.
Lepas tu bagi lagi ayat ni
Surah Aal-e-Imran, ayat 45:
إِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ
When the angels said: O Marium, surely Allah gives you good news with a Word from Him (of one) whose name is the '. Messiah, Isa son of Marium, worthy of regard in this world and the hereafter and of those who are made near (to Allah).
Lepas tu bagi pulak yang ni
Surah Aal-e-Imran, ayat 47:
قَالَتْ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ قَالَ كَذَٰلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ إِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ
She said: My Lord! when shall there be a son (born) to me, and man has not touched me? He said: Even so, Allah creates what He pleases; when He has decreed a matter, He only says to it, Be, and it is.
Bagitau dia lagi yang kita muslim ikut apa yang Jesus kata dan diorang ikut apa yang Paul kata dan apa yang Paul kata ada yang bercanggah dengan apa yang Jesus kata.
Jesus kata dia adalah seorang rasul. Paul kata Jesus anak tuhan.
Jesus kata tuhan itu satu dan Paul kata tuhan itu triniti.
Kami muslim kata Jesus son of Mary. U kata Jesus son of god.
Kami muslim ikut kata Jesus dan u ikut kata Paul.
U sayang Jesus ke sayang Paul?
Lepas tu cer quote dia ayat-ayat ni:
Hear, O Israel: The Lord our God is one Lord
Deutronomy 6:4
And Jesus said unto him, Why callest thou me good? there is none good but one, that is, God.
Mark 10:18
And the scribe said unto him, Well, Master, thou hast said the truth: for there is one God; and there is none other but he:
Mark 12:32
Kemudian tanya dia lagi 'apa bukti yang Jesus anak tuhan? Mana ayat yang Jesus kata aku adalah tuhan, sembahlah aku?'
Lepas tu awek tu mungkin akan quote macam-macam ayat bible.
Mungkin dia akan quote John 10:30;
I and my Father are one.
Balas dia Galatians 3:28
There is neither Jew nor Greek, there is neither bond nor free, there is neither male nor female: for ye are all one in Christ Jesus.
Bagi dia tau one dalam kedua-dua ayat di atas bukanlah dalam konteks fizikal.
Mungkin juga dia akan quote Hebrew chapter 1 ayat 1 sampai 8.
Terutamanya ayat 5; For unto which of the angels said he at any time, Thou art my Son, this day have I begotten thee? And again, I will be to him a Father, and he shall be to me a Son.
Balas dia dengan Galatians 3:26; For ye are all the children of God by faith in Christ Jesus.
Perkataan 'son' dan 'children' dalam ayat-ayat tu adalah metafora.
Kalau penggunaannya adalah dalam konteks fizikal dan material bermaksud Jesus bukan satu-satunya anak tuhan. Ada ramai lagi adik beradik dia nampaknya. Ye dak?
Atau mungkin juga dia akan quote ayat paling popular John 3:16; For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life.
Sis, u tau tak pasal Revised Standard Version? Kalau tak tau boleh cari kat wikipedia, itu cara paling mudah lah. Info mungkin kurang tepat atau tak cukup tapi pokok ceritanya tentang perubahan ayat dan kemaskini.
John 3:16 pernah dibuang semasa penghasilan bible Revised Standard Version - hasil kerja 32 bible scholar mewakili 52 mazhab atas alasan kajian mereka menunjukkan John 3:16 adalah satu penambahan dan bukan dari teks asal.
John 3:16 is a fabrication! Itu hasil kajian diorang masa tu. Untuk fakta masa dan tarikh u cari sniri, takde kerja aku nak korek lelebih.
Hari ni bila aku tengok wikipedia ayat ni dikembalikan ke dalam bible tapi perkataan 'begotten' lenyap atas alasan tiada dalam teks asal.
Tak kisah lah ayat apa yg dia nak quote tapi tak ada satu pun yang Jesus kata 'aku adalah tuhan, sembahlah aku'.
Diulangi, tak ada. Setakat hari ini, daripada mana-mana versi bible.
Lepas tu tanya dia tau tak pasal 10 commandments?
Kalau dia betul seorang yang berpendidikan agamanya dia mesti akan jawab ye.
Kalau dia jawab ye suruh dia bagitau apa commandment yang pertama.
Kalau dia tak tau, meh bagitau dia, commandment pertama sepertimana yang tercatat dalam Mark 12:29;
And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord.
Commandment yang pertama u dah fail, ha caner? Cer kabor cer kabor.
Kabor lagi kat dia yang bible yang dia pegang sekarang tu dah banyak tercemar dengan perubahan, tokok tambah dan penipuan.
Ops, bagitau dia juga yang kita muslim bukan memperlecehkan bible tapi kita mengutuk mereka yang berdusta atas nama tuhan. Mereka yang menyelitkan pembohongan demi pembohongan dan kata itu adalah dari tuhan. Itu yang kita condemn.
Surah Aal-e-Imran, ayat 78:
وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُم بِالْكِتَابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Most surely there is a party amongst those who distort the Book with their tongue that you may consider it to be (a part) of the Book, and they say, It is from Allah, while it is not from Allah, and they tell a lie against Allah whilst they know.
Lepas tu suruh dia baca Ezekiel chapter 23.
(Er.. Ezekiel chapter 23 tak dapat aku siarkan kat sini sebab ini bukan blog lucah)
Lepas dia baca tanya dia ini ke kata-kata tuhan? Kalau dia ada anak perempuan sanggup tak dia bagi anak dia baca Ezekiel chapter 23?
Lepas tu pesan kat dia yang kita sebagai muslim bila bercerita pasal Islam dan berhujah pasal ketuhanan dengan diorang kita bukan semata-mata nak ajak diorang masuk Islam buta-buta tapi untuk menyebarkan kebenaran.
U nak percaya ke tak nak itu u punya pasal. Hidayah itu kerja Allah. Bapa saudara nabi Muhammad (saw) sendiri pun sampai akhir hayat dia tak terima Islam.
Al-Kahf ayat 29 Allah kata:
وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَن شَاءَ فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاءَ فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِن يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا
And report the truth from your Lord, let him who wills believe in it and let him who wills reject it.
Lepas tu cakap kat dia, ok i amik bible yang u bagi. Tapi untuk nampak lebih adil apa kata u pun amik quran yang i bagi.
Lepas tu tolong dia download apps quran yang ada English translation. Free.. hehe..
Aku cadangkan iQuran Lite untuk android. Walaupun terjemahan dia agak direct dan tiada penerangan khusus tapi cukup untuk buka mata dan buka hati insya Allah.
Then pesan dia baca quran tu dengan hati yang bersih, maksudnya buang dulu segala sampah prejudis dan kebencian terhadap Islam, niatkan dalam hati minta tuhan tunjukkan kebenaran, minta tuhan bimbing ke jalan yang lurus.
Dalam quran tu Allah ada pesan;
Dalam surah Al-Ahqaf, ayat 10:
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِن كَانَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَكَفَرْتُم بِهِ وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ مِثْلِهِ فَآمَنَ وَاسْتَكْبَرْتُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Say: Can't you see if it is from Allah, and you disbelieve in it, and a witness from among the children of Israel has borne witness of one like it, so he believed, while you are big with pride; surely Allah does not guide the unjust people.
Sekian. Semoga kita semua dapat hidayah Nya.
Tiada tuhan selain Allah, nabi Muhammad itu rasul Allah.
*****
Nota:
1. Ayat-ayat bible yang aku quote di atas adalah dari King James Version (versi yang paling banyak digunakan di dunia).
2. Bila nak dakwahkan orang-orang ni harap betulkan niat kerana Allah. Jangan terlintas nak berdebat dan nak menang dan nak popular dan perasan bagus ujub riak takbur dan sifat-sifat mazmumah yang sewaktu dengannya. Mintak jauhkan.
3. Doa kepada Allah minta Allah tetapkan hati kita di jalan yang lurus, baca al-Fatihah dan fahamkan maknanya.
4. Akhlak dan adab mesti jaga. Jangan nak hangin-hangin ok.
5. Doakan semoga mereka dan kita dapat hidayah daripada Allah.
6. Kalau ada typo dan salah quote minta inform kat ruang komen ye.
7. Aku bukan ustazah. Kalau jumpa aku kat luar berseluar jeans dan t-shirt tengah buka kuda-kuda nak fire otromen jangan ingat aku tak waras. Hehe..
8. Sila manfaatkan segala info untuk kebaikan bersama.
9. Terima kasih sebab sudi baca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
salam jumat mak siti, wak letak komen dulu nnti drg baca lg.,
Sidharta gautama pun tak ngaku tuhan dan tak suruh sembah dia....dia ajak org ikut dia ke jln yg baik2 je...
Gigih wak tinggalkan komen.
terima kasih lah wak.
Kes camni nak blame setan ke nak blame manusia. Hmm..
cukup teliti.tpi aku tak rasa tulisan kau ni memang asalnya untuk kau post kat blog ni,mesti lebih jauh,asalnya kau ada tulis/kaji/prepare entri ni untuk tujuan lain kan kan?
Eh, camana kau boleh tau nih. Pandainya.. Heheh.
Sbnrnya bkn tujuan utk publish pn.
Semua dari nota yg aku catat dari ceramah2 syeikh ahmad deedat + yg aku jumpa sniri dari bible yg aku baca.
Aku start baca bible masa tingkatan 3 yg aku pnjam dari library skolah.
Mula2 just curious.
Wpun kata org curiosity kills d cat tp sbb aku bkn kucing jd tu xmnjadi halangan. Kan kan kan.
Lps tu tiba2 byk pulak isu2 yg Melayu Msia ni mcm kecoh lebih dan x handle pkai akal tp pkai emosi aku jd smcm kecewa.
Smpailah aku dpt msj yg psl 2 awek yg aku cerita tu dan mesej suruh sesiapa yg diajak sembang oleh awek2 tu supaya melarikan diri buat aku jadi mcm pissed off akhirnya terbitlah entri ni.
So itulah puncanya kalau nmpak bahasa agak berterabur dan susunan ada mcm pelik sbb nota2 tu aku tulis dlm BI sbb ceramah2 n debat yg aku dgr dlm BI n bila kaji dlm BI sng nk cross ref antara quran n bible.
Tp tafsir BM msti ada utk rujukan n jgn sukasuki tafsir ikut suka.
Alamak, ni reply komen ke tulis n3 baru nih. Eheh.
hah...macam nota purba lah ni..tulis dan simpan.
dibesarkan dlm suasana yang tak mesra utk menyoal atau berdiskusi, org yg disoal pula tak bersedia utk disoal, sedikit sbyk jadikan aku byk memendam pada nota-nota jugak.
terima kasih untuk jawapan.
Sama2.
Btw nota2 tu dh x nama pndam lg dah. Dah tahap peram. Heheh.
Post a Comment