Friday, January 6, 2017

Kos Persekolahan

1) Anak no. 1 darjah 1:

Uniform x 4 set + kasut sekolah x 2 pasang + baju sukan sekolah x 2 : rm 433 (lebih kurang)
Pendaftaran sekolah agama: rm 186
Pendaftaran sekolah kebangsaan: rm 89
Pembelian buku sekolah kebangsaan: 89
Yuran pengangkutan bulanan: rm 60
Yuran transit bulanan: rm 180

2) Anak no. 2 tadika kelas 6 tahun:

Yuran enrolment semester 1: rm 700
Yuran bulanan (tadika+daycare): rm 375 (selepas diskaun)
Yuran bulanan kelas Iqra: rm 70

3) Anak no. 3 tadika kelas 3 tahun:
Yuran enrolment semester 1: rm 600
Yuran bulanan (tadika+daycare): rm 400
Uniform x 1 set: rm 50.
Baju sukan x 1 set: percuma.

4) Anak no. 4:
Eh, belum keluar lagi.

*Jumlah besar: rm 3232 (sapu peluh di dahi).

*Perbelanjaan sekadar yang benar-benar perlu dengan bajet yang sangat ketat. Tiada sebarang pembelian beg sekolah, uniform baharu untuk anak no. 2 dan alat tulis baharu. Walau bagaimana pun, perbelanjaan sebenar mungkin lebih daripada jumlah yang tertera. Sekadar panduan untuk ibu bapa yang ada anak nak masuk sekolah tahun depan untuk mula merancang dan menabung.

Harap membantu.


4 comments:

Wak Lat said... [Balasan]

untungla mkcik dahi licin., hehe2 eyh

cinta said... [Balasan]

Dahi licin takpe wak, ini poket bulan ni licin dah ni. Gaji lambat lagi XD

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Kos ilmu....
Tapiiii....rasanya yg entah kenapa perlunya kos tepian mcm baju, uniform, transport etc .

cinta said... [Balasan]

Klau skolah tu mak pak yg punya tak perlu lah uniform bagai.