Tuesday, May 30, 2017

Antara Bubur Lambuk Percuma dan Kesedaran Sivik


Assalamualaikum warahmatullah.

Saya mewakili ibu bapa anak-anak taska

MERAYU

kepada semua warga kariah yang ingin mengambil bubur lambuk percuma

di Madrasah Ihsaniah Ampang Jaya

supaya membuat pertimbangan sewajarnya untuk

tidak meletakkan kenderaan anda di depan pintu pagar taska

yang bakal menyukarkan ibu bapa yang menjemput anak-anak pulang dari taska.


Contoh kes:

Hari hujan, seorang ibu datang menjemput tiga anak - seorang bayi dan dua lagi anak kecil,

terpaksa parking nun jauh di seberang jalan

disebabkan ruang depan pintu pagar taska dan sekitarnya penuh dengan kereta mereka

yang datang mengambil bubur lambuk percuma.

Sila fahami betapa susahnya ibu itu

sambil mendukung anak yang masih bayi,

pimpin lagi 2 orang anak,

sambil pegang beberapa beg anak,

melintas jalan, berjalan dalam hujan

menuju ke kereta yang park jauh di seberang jalan.

Harap faham.

Kalau pun tak boleh meringankan beban orang lain

harap-harap

jangan kita pula yang menjadi beban kepada orang lain.

Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang lebih berakhlak dan bertaqwa.

1 comments:

cinta said... [Balasan]

Kan..

drive thru tu mmg diamalkan sepanjang tahun. Klau parents yg park jauh pn staf akan tlg bwkkan ank n beg. Tp staf pn byk lg keja lain. Klau semua ada keja kenalah angkut sniri ank n brg.

Tp tu lah, selfish ni susah nk buang.