Monday, July 3, 2017

Apa Yang Buat Kanak-kanak Suka Beraya di Kampung?

Selain daripada melaram baju raya kasut raya songkok raya tudung raya, selain daripada dapat makan macam-macam kuih raya, selain daripada dapat minum air gas yang selalunya mama susah sangat nak bagi kelulusan minum, selain daripada dapat duit raya, ada beberapa perkara yang membuatkan budak-budak (terutama anak-anak mama) suka sangat kalau balik beraya di kampung.

Beberapa perkara yang kebanyakannya takkan dapat diorang buat masa kat New York Ampang.

No.1 : Sepahkan Main permainan orang lain.

Sepahkan mainan banyak-banyak. Baru la macam rumah yang ada cucu nakal balik beraya.

No.2 : Main badminton guna bola sepak.

Raket bengkok, selipar terbalik.

No.3 : Calarkan meja kopi Mok Tok.

Seluas-luas rumah tu situ jugak nak duduk main.

No.4 : Naik kenderaan yang tak pernah dilihat lepas tu suruh papanya tolak laju-laju.

Lepas corner, terbaring.
No. 5 : Main basikal orang dan boleh kayuh laju-laju tanpa risau dilanggar kereta. Cuma tuan-tuan kereta yang risau kereta dilanggar basikal.

Corner baring.

No. 6 : Main buai bawah pokok rambutan.

Suruh Ki nya hayunkan.

No.7. : Dapat tengok perarakan lembu.

Sekali lembu tu tegur terus dia cuak.

No. 8 : Main dan gaduh dengan sepupu-sepapat.

Bila sorang main basikal semua nak main basikal. Bila sorang main pedang semua nak main pedang. Berebut adalah satu bentuk keseronokan.

No. 9 : Main bunga api.

No. 10 : (Malas dah nak tulis. Takde gambar dah)

Masih dalam mood raya. Selamat hari raya.

6 comments:

Warisan Petani said... [Balasan]

memang anak2 yang seronok lebih bila tiba musim raya.

cinta said... [Balasan]

Kan.. seronok tengok anak2 seronok.

ewanthology said... [Balasan]

budak2 ni klu balik kg memang seronok, buatlah perangai apa pun, nenek tetap takkan marah cucunya ..hehe

cinta said... [Balasan]

Ajaib kan. Time kita kecik2 maunya tak kena marah.

AimNub Haris said... [Balasan]

hahahahahaa..! dah kenapa main badminton guna bola sepak.. adoiiii.. :p

tapi main buai bawah pokok rambutan tu alahaiii heaven nya..! memang takde kat new york tu.. hehehehe..

...

cinta said... [Balasan]

Keh3. Kat new york takde pokok rambutan.