Ada satu perkara yang misteri bagi aku.
Sejak berumahtangga, incek papa tak pernah nak butangkan sendiri baju melayu dia. Tiap kali pun kena aku yang butangkan. Pernah juga buat-buat sibuk tapi mata jeling-jeling pandang. Memang terkial-kial dia nak butangkan. Dah tu salah arah pulak. Dia butang dari dalam ke luar.
Akhirnya aku jugak yang butangkan. Masalahnya nak butangkan leher dia memang aku kena panjat kerusi. Sila bayangkan Jaya Bachchan butangkan baju Amitabh Bachchan dalam Kabhi Khushi Kabhi Gham. Lebih kurang gitu lah.
Yang menjadi misterinya dah lapan tahun kot takkan takleh butang sendiri? Aku syak dia saja nak manja-manja sebab aku asyik belek anak je. Sesekali nak gak merasa dibelek-belek. Agaknya lah.
7 comments:
Butangkan la baju kemeja. Lagi byk butangnya. Ha3.
Haha nak manja tu
Kan.. hehe.
Pah butang baju melayu abang mana pah...teringat cerita p ramlee
Ha2. Teringat pulak iklan raya baju melayu tu.
pagi-pagi raya dah bagi pahala
Tu la, asyik buat dosa je. Ha2.
Post a Comment