Monday, August 21, 2017

Bubur Bayi Segar dan Ekspres

Masak *nasi macam biasa.

Goreng atau bakar ayam atau ikan, macam biasa.

Goreng atau celur sayur macam biasa.

Lepas tu

Ambil nasi sesudu besar, ambil sikit ayam atau ikan kat bahagian yang paling lembut dan tak ada perasa dan sebarang minyak, ambik sayur sikit, masukkan semua dalam **lesung dan tumbuk lumat, lepas tu masukkan air panas sikit, kacau-kacau dalam lesung,

Siap!

Kelebihannya, tak perlu lagi nak guna ekstra periuk untuk masak bubur, jimat gas, jimat masa, jimat tenaga.

Dan bubur juga adalah yang baru dimasak, bukan yang dah siap blend tiga hari sebelum dan disimpan dalan peti sejuk.

Selamat mencuba.

*nasi mesti guna beras biasa. Jangan guna beras-beras sihat yang kurang kanji.

** jangan gunakan lesung yang baru lepas tumbuk sambal belacan. Naya baby tu.

2 comments:

Julie Shahril said... [Balasan]

rajinnya menumbuk....kalau kita...blend jer nasi tu...hehehe

cinta said... [Balasan]

Setakat sesudu nasi serba salah pulak nk basuh blender. Guna lesung utk yg malas cuci blender mcm den. Hee..