Friday, December 7, 2012

Cara-cara Buat Sushi

Akhirnya dua minggu lepas saya berjaya buat sushi (dua minggu lepas buat hari ni baru nak cerita. hee...). Apa-apa pun, terima kasih kepada laman ini - sushifan.com.

Sebelum ni bila google cara-cara nak buat sushi selalu je ditunjukkan cara yang bagi saya adalah sangat complicated. Nasi nak kena kipas sambil gaul, lepas tu kena pakai bekas dan sudip kayulah bagai. Tapi sebenarnya senang je kalau tau alasan disuruh menggunakan bekas dan sudip kayu. Lagipun tak payah kipas, switch on saja kipas siling. Benda senang jangan disusah-susahkan.

Ok, jom belajar buat sushi. Mula-mula meh tengok bahan-bahannya.

Beras calrose
1-Beras - jenis calrose. Boleh tengok kat label paket tulis calrose rice. Jenama yang popular - Sumo, yang ada gambar atlet sumo tengah nganga mulut luas-luas depan mangkuk nasi sambil pegang penyepit. Ada juga jenama lain macam Sakura, lain-lain saya tak ingat. Harga standard RM10.90/kg. Hmm, patut lah sushi mahal..

Perisa sushi
2-Perisa sushi - atau cuka beras. Pernah makan tapai nasi? Wanginya lebih kurang macam tulah. Ada bau wangi manis-manis masam.

Seaweed sheet
3-Seaweed sheet - atau juga dikenali sebagai nori, helaian rumpai laut yang digunakan untuk balut sushi. Boleh dimakan begitu sahaja.

Timun Jepun dan kawan-kawannya
4-Inti - buat permulaan gunakan inti yang senang dulu - surimi (isi ketam), timun jepun, telur dadar.

1- Masak nasi - kat paket nasi selalunya dia tulis nisbah beras : air = 1 : 2. Tapi saya syorkan gunakan nisbah 1 : 1 sebab 2 : 1 adalah sangat lembik.


Nasi yang dah masak

2-Teet, teet, nasi dah masak, pindahkan ke dalam bekas plastik yang cukup ruang untuk kacau nasi tu nanti. Kenapa saya cadangkan bekas plastik sedangkan sejak 5 tahun lepas saya google semua mencadangkan bekas kayu? Sebabnya, bekas plastik senang nak cari ler... Dek nak cari bekas kayu lah 5 tahun saya menangguh percubaan mensushi. Yang penting, JANGAN gunakan periuk nasi atau sebarang bekas atau sudip logam. Sebab? Untuk mengelakkan tindakbalas cuka beras dengan logam terutamanya aluminium.

Beras calrose rupa dia agak pendek

3-Kacau nasi sambil merenjis-renjis dipilis dengan perisa sushi. Agak-agak kalau masak pakai satu mangkuk kecil beras renjiskan lebih kurang 1/4 cawan perisa atau 30ml atau lebih secukup rasa. Cara nak merenjis terpulang, isi dalam cawan dan renjis dengan sudu atau pakai shringe ubat anak, terpulang kepada kreativiti masing-masing. Jangan tepung tawar sudah..


4-Bentangkan seaweed atas lapik buluh, ratakan nasi dengan sudu yang dicelup air sejuk (pakai air masak ye..) untuk mengelakkan nasi melekat kat sudu. Jangan takut nasi basah, takpe. Nak celup sudu tu dengan air tiap kali nak ratakan pun takpe.

Inti surimi
5-Letakkan inti.

Ni dah siap gulung. Mesti gulung pakai lapik buluh ni.

6-Lepas tu gulung guna lapik buluh tadi.

7-Potong menggunakan pisau basah. Siapkan 1 kole air masak untuk basahkan pisau. Kalau ada pisau Jepun yang material karbonapentah tu, yang sangat tajam dan tak payah tekan kuat untuk potong tu lagi bagus. Atau kalau dalam simpanan atuk anda ada pedang Jepun pun boleh bah.


Cubaan pertama saya

7-Apa lagi, ittadakimasu!!. Boleh cicah pakai sos sushi - kosong atau dicampur wasabe (macam kita makan tempoyak kacau dengan cili api tu..), atau alternatif lain kicap cair yang masin yang selalu buat kicap untuk cili potong kat kedai-kedai tom yam, atau boleh juga cecah budu. Betul, tak tipu, boleh pakai budu.

Soalan lazim - mana nak cari benda alah ni sume? Jawapan - kat Aeon (fka Jaya Jusco) supermarket ada jual starter kit yang terdiri daripada seaweed + buluh gulung + perisa sushi + sos soya (kicap), boleh didapati dekat rak yang jual sushi. Tapi beras dijual berasingan. Harga starter kit ni kalau tak silap RM28.00 sahaja.

Baiklah, selamat mencuba! Gambatte!!

10 comments:

Julie Shahril said... [Balasan]

gud info...tq...
bru nk tnya kt mne bli smua tu....dh terjwb

cinta said... [Balasan]

dat mean k Julie dah baca smpai abis.
tq n slmt mencuba!

Unknown said... [Balasan]

Ha... BCE Kat ats tu trus da trtnya kt mna nak beli... uuuu.. akhirnye trjwb.... teringin nak buat sushi sndri... Ty.. :) Gus info

cinta said... [Balasan]

@natrah amiera
slmt mencuba..

LOV NOTE said... [Balasan]

erm betul tu sgt2 menarik, slalu jgk lov carik resepi2 buat sushi ni

mmg susah..mcm2 pntang larang..tp rupa2nya xde la susa ye..

very2 gud info..tqsm..tp nk tnye..betul ke diorg kata buat sushi ni time susah tu ialah time nk mgulung bnda tu? yke?

cinta said... [Balasan]

@Lov Note
tak susah kot bab gulung-gulung tu.

Unknown said... [Balasan]

Asenye carrefour n giant de x jual bhan2 sume nie???

cinta said... [Balasan]

Care4 n giant xpasti ada ke tak.
Tp kat Aeon ada.
Kedai runcit tertentu pun ada.
Kalau kat Seremban seaweed, kicap n beras sushi kat Family Store pun ada.

/ said... [Balasan]

Salam kak nak tanya. haritu saya ke aeon jusco mencarik seaweed nori ni tak jumpa lah. dua aeon dah terjah takda jugak. dekat mana ye ada jual lagi ? tesco pun tak ada

cinta said... [Balasan]

Wsalam.
Alamak.
klau aeon xde xtaulah mana lg ada.