Thursday, May 23, 2013

Aku dan Kopi

Aku adalah seorang pencinta kopi yang tak pernah merasa kopi Starbucks dan Coffee Bean.
Setakat ini kopi paling sedap aku pernah rasa adalah black coffee Hai Peng, Kemaman. Sekarang ada yang dah siap pek so boleh dinikmati di luar kedai kopi.
Mula-mula buka individual pack, pastu cium (dengan hidung, bukan dengan mulut ye) dulu, letak dalam kole bersama sebatang kulit kayu manis dan tuangkan air yang baru mendidih. Aromanya boleh buat aku senyum. Aku suka letak krimer pekat manis satu sudu kecil. Cukup. Tapi pastikan kopi dan kulit kayu manis telah mengeluarkan aroma secukupnya baru campur krimer.
White coffee? Setakat ni champion untuk white coffee kat tekak aku adalah Tenom White Coffee keluaran Yit Foh. Malangnya aku tak tau kat semenanjung ni kat mana nak dapat. Jadi, kalau ke Sabah atau kawasan sekitar harus beli stok lebih.
Sesekali teringin nak brew sniri tapi nantilah dua orang budak bertuah tu dah besar.

0 comments: