Tuesday, May 14, 2013

Bubur Nasi Cantonese (Masakan Dari Hati)


Kita selalu padankan kuah cantonese dengan kue teow, yee mee, mi hun, dan yang sewaktu dengannya. Kali ni cuba padankan dengan bubur nasi untuk mempelbagaikan menu untuk anak-anak terutama yang gigi belum banyak atau untuk anak-anak yang jenis makan tak kunyah, main telannn je (macam anak den. huhu..). Kalau asyik bagi bubur blended chicken brocarpot (broccoli + carrot + potato) kadang-kadang anak-anak pun naik jemu juga. Iye dak? Tapi untuk anak-anak yang baru belajar makan, menu ini tidak disyorkan sebab tekstur dan kandungan garam mungkin akan mengganggu sistem penghadaman.

Rasanya 97% (statistik rambang. hee..) isteri tahu masak kuah cantonese. Mungkin ada pelbagai versi tapi yang ini adalah versi veri de basic. Tapi untuk menunjukkan kerajinan aku menaip, biarlah aku paparkan selengkapnya termasuk cara-cara nak buat bubur nasi.

Mula-mula, masak bubur nasi dulu. Seeloknya guna beras yang banyak kanji. Jangan guna beras-beras kesihatan sebab hasilnya akan sangat mengecewakan. Beras basmathi, parboil, pulsa, dan yang sewaktu dengannya adalah dilarang sama sekali. Sepanjang pemerhatian, beras calrose atau lebih dikenali dengan panggilan beras jepun atau beras sushi menghasilkan bubur yang sangat mengkagumkan dari segi aroma dan tekstur. Tapi sebenarnya pakai beras biasa pun boleh...

Walaumacamanapun, saya nak juga mencadangkan beras calrose. Ok, satu cawan beras + 3 cawan air. Macam biasa, guna periuk nasi letrik sudah..

Kemudian, untuk kuah,
inilah bahan-bahannya:

bawang putih - 5 ulas (*hempuk je ye)
Halia -hiris - 1 inci (optional, kalau takde pun takpe)
Telur - 2 biji
Tepung jagung / Tepung ubi (3 sudu makan dibancuh dengan air menghasilkan bancuhan setengah cawan)
Air (Boleh pakai air rebusan ayam atau daging atau **air biasa)
Garam
Minyak masak - 1 sudu


Nota:
1-*Bawang putih dihempuk dan bukannya dicincang adalah untuk menyenangkan tujuan pengasingan.
2-**Kalau nak pakai air biasa saya cadangkan pakai air panas (sambil-sambil siapkan bahan dan servis anak boleh masak air) untuk menjimatkan masa.
3-Kalau suka boleh tambah daging ayam (hiris atau cincang, suka-suka hati. hee..) tapi saya tak masukkan sebab tidak mendapat sambutan di kalangan anak-anak. Nak tambah surimi (isi ketam) pun boleh.

Cara-cara masak kuah:

1-Tumis bawang putih dengan halia sampai naik bau.
2-Tuang air rebusan ayam / daging / air panas.
3-Garam (agak-agak lah ye..)
4-Pecahkan telur dalam kuah yang sedang mendidih. Kacau sikit.
5-Tuangkan bancuhan air tepung jagung / tepung ubi. Kacau.
6-Bila nampak dah pekat sikit, boleh tutup api.

Cara hidang:

Senduk bubur nasi dalam mangkuk dan tuangkan kuah. Siap..  
Nak gambar? Sniri masak sniri snaplah, boleh?

0 comments: