Wednesday, May 15, 2013

Menghantar Anak Yang Tak Pernah ke Taska; Sedikit Cerita Untuk Dikongsi

Aisya sejak lahir dijaga oleh nenek sampai tidur pun selalu nak tidur dengan nenek. Pernah ditinggalkan terus dengan nenek selama beberapa bulan dan mama dan papa jadi weekend parent.

Bila Muhd ada, dia juga dijaga oleh nenek. Kemudian berpindah ke tangan bibik. Selepas beberapa bulan si bibik lari dan diorang kembali di bawah jagaan nenek. Dapat bibik ganti tapi malfuntion, so tetap berada di bawah jagaan nenek.

Jaga budak 1 tahun setengah dan 3 tahun yang tengah lasak dan adventurous, curious, dan tatot titos (takut tikus) memang memenatkan jadi kitorang bercadang menghantar diorang ke taska.

Selama beberapa bulan buat survey, taska AAA (bukan nama sebenar) dipilih berdasarkan beberapa kriteria - penjaga, suasana, kelayakan termasuk berdaftar dengan JKM (siap kena audit u..), lokasi, dan yuran.

Ditakdirkan hari yang dirancang untuk hantar anak-anak ke taska, diorang tak sihat, cirit-birit, muntah, dan memerlukan jagaan rapi dan pemantauan daripada mama sendiri, jadi pendaftaran ditangguhkan ke bulan berikutnya.

Seminggu sebelum hari yang dirancang, aku dapat call dari seorang kawan yang tinggal berdekatan yang kebetulannya juga bercadang untuk hantar anaknya ke taska AAA tersebut, memberitahu taska itu ditutup kerana ada kes yang melibatkan pekerja taska dan anak-anak taska.

Betul, apa yang berlaku ada hikmahnya dan ini antara hikmah di sebalik peristiwa cirit birit dan muntah. Nyaris-nyaris aku hantar anak ke taska AAA.

Jadi lagi sekali pencarian baru bermula. Research & survey untuk beberapa bulan akhirnya taska BBB mennggamit hati mama & papa (sebenarnya mama yang lebih.dan macam biasa mama yang pujuk papa.. biase ler.. hee..).

Plan A; nak register bulan 1, terpaksa tangguh sebab ada aktiviti cuti-cuti Malaysia. Plan B nak register bulan 2 kononnya nak jimat cuti tahun nak pakai hari cuti wilayah, tiba-tiba last minute kena outstation untuk satu minggu, terpaksa tangguh lagi ke bulan tiga. Plan C - bulan tiga, tiba-tiba lagi sekali kena outstation seminggu juga, lagi-lagi tangguh da.. Akhirnya bulan lepas tiada aral melintang dan kedua-dua budak bertuah mula berkenalan dengan dunia taska.

Hari pertama; kitorang hantar, duduk sekejap, dan terus tinggalkan diorang kat taska. Tangisan memang sudah dijangka. Pujuk dan explain yang mama papa have to work, nenek also work, cakap sekolah is fun, ada cikgu, ada kawan-kawan dan ayat ini perlu diulang-ulang selama beberapa minggu lagi atau mungkin beberapa bulan sebagai persediaan mental diorang. Nangis takpe, cekalkan hati. Hee.. Sebelah petang datang jemput diorang tak nak balik sebab nak main. Haha.. Sedikit terhibur hati mama. Hari ke-2, sama macam hari pertama - pagi nangis, petang tak nak balik. Hari ke-3, Muhd nampak pintu taska dah mula buat muka cuak sebab tahu nak kena tinggal, masuk je menangis. Aisya, dah pandai buat tangisan genre meraung. Pujuk punya pujuk dengan bantuan cikgu taska yang pandai memujuk, dipeluk, didukung budak 3 tahun seberat 18kg itu (omai omai... nasib baik cikgu dia besar. hee..) berjaya meredakan tangis dan sebelah petang macam biasa tak nak balik. Ahaha..dui... Tak padan dengan drama jejak kasih sebelah pagi.

Selepas satu minggu, boleh nampak perubahan bila Muhd walaupun masih menangis masa hantar tapi mahu didukung cikgu dan Aisya dah pandai tahan air mata. Huhu.. Sebelah petang macam biasalah, aisya akan ucap "babai cekdu, ecok jumpe ladi ye" (masih pelat walaupun umur dah 3 tahun) dan lepas tu main kat luar taska dan mama berusaha memujuk ajak balik. Tapi selalunya mama papa akan bagi masa main dalam 10 minit. Lepas tu nak tak nak mama papa pikul anak-anak masuk kereta. Kadang-kadang menangis sebab tak nak balik lagi. Keh keh keh..

Sebelah malam aku cuba brainwash diorang bahawa school is fun dengan bawak bercerita tentang cikgu, kawan-kawan etc. dengan bersemangat tapi Aisya macam biasa selalu cari alasan "nanti Aisya nanes" atau "esok Aisya cuti" atau "tolah tutup". Pandai-pandailah counter.

Sekarang hantar pagi-pagi dah ok walaupun diorang sebenarnya tak suka kenyataan yang diorang akan ditinggalkan tapi bila mendengar janji mama papa yang diorang akan dijemput petang nanti akan meredakan sedikit kegusaran dalam hati diorang.

Balik rumah Aisya akan bercerita tentang kawan-kawan dan aktiviti dengan cikgu, cikgu bagi makan nasi pun dia cerita, tidur dengan kawan-kawan pun dia cerita, gaduh dengan kawan pun dia cerita. Lepas tu dia akan buat kesimpulan "tonot tan tolah?" (seronok kan sekolah?) - ayat yang selalu diulang-ulang mama untuk menanam idea bahawa taska is fun!

Sekarang pagi-pagi bermula dengan senyuman dan ketawa dan sorakan yay si Muhd dan yay serta senyuman itu akan hilang di gate taska. Haha...

So, parent muda sekalian, yang berniat nak hantar anak ke taska tapi masih risau how do they do, jangan risau, semuanya akan ok, insya Allah. Yang penting doa.

Sedikit doa yang aku karang sendiri dan diminta lima kali sehari selepas solat untuk dikongsi:

"Ya Allah ya tuhanku, hilangkanlah kebimbangan, ketakutan, kesedihan dalam hati anak-anak kami kerana ditinggalkan di taska, kurniakanlah mereka hati yang lapang, tenang dan gembira sepanjang berada dia taska, jadikanlah taska itu tempat yang menggembirakan, membahagiakan, menyenangkan, sejahtera dan lapang untuk anak-anak kami, permudahkanlah urusan penjaga-penjaga taska dalam menguruskan mereka, hadirkanlah rasa kasih dan sayang dalam hati penjaga-penjaga taska terhadap anak-anak kami dan anak-anak yang lain di taska, permudahkanlah urusan kami untuk meninggalkan mereka di bawah jagaan taska, permudahkanlah urusan kami untuk menghantar dan menjemput mereka pulang dari taska".

Sedikit nota; Doa ini bukanlah untuk memberitahu Allah apa yang kita nak sebab kalau kita tak cakap pun Allah dah memang tahu apa ada dalam hati kita tapi berdoa itu tanda pengabdian seorang hamba kepada Allah, pengakuan bahawa hanya Allah yang mampu memberi segala pertolongan - ini aku refreshed daripada majalah Solusi tapi lupa isu ke berapa.

Ok, sedikit tip untuk dikongsi dari aku new comer dalam kelab MAMPAT (Mama Papa Anak-anak Taska). Hee..

1-siapkan beg anak sebelum tidur.
2-dalam beg ada
   a-4 set pakaian, dan 4 keping lampin.
   b-susu dan botol susu (boleh juga tinggalkan terus di taska tapi kena selalu siapkan spare dan selalu ambil tahu availability susu.
   c-biskut/roti krim kegeraman diorang - mungkin berguna sebagai secret weapon yang akan digunakan oleh cikgu untuk memujuk diorang bila keadaan tak terkawal atau sebagai umpan untuk makan bagi anak yang susah makan nasi..
   d-botol air (optional untuk anak yang suka minum air atau untuk menggalakkan diorang banyak minum air).
   e-kalau sempat bekalkan sarapan (sandwich ke, telur rebus ke, etc).
3-towel & tolettries tinggalkan kat taska - towel kutip every weekend untuk dicuci, check availability toilettries dengan penjaga taska dari semasa ke semasa.
4-servis anak-anak sebelum hantar ke taska - tukar lampin, siapkan, tukar baju, tak mandi pun takpe, diorang akan dimandikan.
5-kalau ada bantal busuk atau teddy bear atau apa-apa yang diorang strongly attached to, benda tu jangan lupa bawa ke taska. Benda-benda ini sangat membantu untuk diorang calm down.
6-Oh ye, tilam jangan lupa, tinggalkan di taska.

Akhir sekali, doa dan tawakal semoga Allah menjauhkan mereka daripada kejahatan dan kecuaian makhluk-Nya.

Ayat faveret Aisya - "Mama janan licau, biar aicah yan jada" (mama jangan risau, biar Aisya yang jaga). Entah apa yang dijaga pun tak tau lah. Keh3..

6 comments:

Nordiyana Che Daud said... [Balasan]

Terima kasih..entry yang sgt berguna bg sy sbg persediaan mental fizikal nak hntr anak ke taska wlpn ht masih rs risau.

Nordiyana Che Daud said... [Balasan]

Terima kasih..entry yang sgt berguna bg sy sbg persediaan mental fizikal nak hntr anak ke taska wlpn ht masih rs risau.

cinta said... [Balasan]

@Nordiyana Che Daud
sama2. klau boleh buat istikharah lg bagus.

Nurul Pathil said... [Balasan]

Good info..thumbs up!!!

cinta said... [Balasan]

@Nurul Pathil
tq.

liyana razali said... [Balasan]

entry yang menjadi penyejuk hati mak2 yg tengah hantar anak ke taska (first timer) thanks sis. moga anak2 selalu dalam lindungan Allah. Aminnn yrba.