Thursday, May 9, 2013

Lalang Oh Lalang

Ada orang kata orang yang di atas pagar itu lalang tapi orang yang kata itu lupa selalang-lalang orang yang di atas pagar juga akan tanda satu pangkah sahaja. Dia atau dia. Tiada option untuk jawapan 'tiada dalam pilihan'. Walaupun semua option di atas kertas itu tidak berkenan di hati pilihan mesti dibuat. Tinggal saja tiada orang yang tahu. Lebih bagus begitu. Daripada canang sana sini dan buat dia dan dia dan dia, juga dia, perasan bagus (baca: takbur) konon pengikutnya ramai dan perasan pihaknya serba sempurna dan pihak lawan serba tak kena.


Orang-orang yang mengata itu juga barangkali tidak sedar bahawa lalang itu sifatnya tidak tetap berdiri, ikut saja arah angin yang bertiup. Sedangkan orang-orang yang di atas pagar itu berpendirian bahawa memihak dan setia membuta tanpa ada penilaian itu bodoh kurang bijak (bahasa mau sopan, kalau tak nanti sama saja gayanya dengan orang-orang yang mengata itu).

Setidak-tidaknya orang-orang yang di atas pagar yang dikatakan lalang itu membuat penilaian sebelum membuat tanda pangkah. Tidak mahu seperti orang-orang yang mengata itu yang tetap membuat tanda pangkah jenama yang dia obses tidak kira apa situasi, siapa yang mewakili, pihak mana yang diwakili, apa yang dipercayai, apa yang disukai, apa yang dibenci, yang dulu mungkin relevan dengan diri tapi kini? Boleh pakai lagi?

By the way, err, betul ke setiap undi adalah rahsia? Bukan ke ada serial no. dan boleh crosscheck dengan log? Haa... haha.. ahaks!

nak share:
http://keretamayat.blogspot.com/2013/05/lain-kalilah-kenapa-pas-kalah.html

0 comments: