Thursday, June 27, 2013

Mengeksploitasi Sudut Pandangan

Waktu: Di suatu pagi yang berjerebu.

Lokasi: Apartment parking lot.
Info tambahan: KLCC yang jaraknya cuma kurang lebih 6km yang selalunya terlihat jelas hari itu seolah-olah tidak wujud.

Aisya: Mama, tenok, tay el tci tci dah ilan. Jewebu tantap tay el tci tci.*
Mama: Ha ah, tu la mama tak bagi Aisya main gelongsor, main buai kat bawah, nanti jerebu tangkap Aisya.

Nampak tak? Perspektif jerebu budak tiga tahun dieksploitasi dalam memberi penerangan bahaya jerebu yang mudah untuk dia fahami. Hee..

*terjemahan:
Mama, tengok, KLCC dah hilang. Jerebu tangkap KLCC.

Kat luar jerebu, main dalam rumah. Harus pakai helmet takut langgar bucu meja. Hee..

5 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

hanya ibu yang faham bahasa anaknya... hahaha

Daddy Ziyyad said... [Balasan]

knee pad/elbow pad pun pakaikan juga :P

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff betul3..

cinta said... [Balasan]

@Daddy Ziyyadini versi bajet. helmet pun pkai company punye. tihihi..

Rose Azadir said... [Balasan]

Salam, sy follow blog sis n sis follow blog sy yer...jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.