Tuesday, December 17, 2013
Air
Hari ni orang bercakap pasal air. Teringat pula dulu duk kampung tak pernah ada masalah bekalan air. Bila jiran-jiran takde air semua datang rumah tadah air. Sebab? Kitorang pakai air perigi. Ada dua perigi. Satu kat bilik air luar rumah satu lagi dalam rumah. Tapi perigi yang dalam rumah tak dapat dikesan dengan mata kasar sebab ada bawah lantai. Dengan kata lain air bawah tanah. Semua pakai pam. Air tak pernah kecik. Selalu laju walaupun semasa gangguan bekalan air ramai orang datang tadah air tapi air masih cukup untuk semua orang. Alhamdulillah..
Tapi bila ada gangguan letrik kitorang pulak bermasalah sebab pam air tak jalan. Keh3.. Eh,ada backup, perigi kat luar tu, kenalah menimba. Adoyai..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Time macam ni la perigi amat diperlukan kan?
@t.a.t.a
tp kalo dh duduk rumah ats angin mana nak korek perigi..
rumah mak aku ada kolah besar. share dua bilik air. kalau air mati masih okay lagi la.
tapi kalau berminggu² mati, kering jugak la.
Aku simpan dalam barrel plasstik biru.. yg biasa jadi bekas bancuh air siap dimajlis kenduri kahwin di kampong-kampong tu... jadi la... buat basuh muka..
@t.a.t.a
o ye, boleh buat kolah kan.. hmm..
@Nizam.Ariff
ok dpt idea nak instal kepala paip dekat tong besar tu. Pastu buat kaki dia pulak. cun. hee..
Post a Comment