Tuesday, December 3, 2013

Aku Maafkan Kamu

Semalam ada kereta yang tak dikenali dengan segala senang hati park di unit parking aku. Disebabkan penumpang aku adalah dua orang kanak-kanak muda (young children) yang tak boleh aku tinggalkan jadi aku terpaksalah memandu turun ke pondok pengawal dalam hujan renyai-renyai dan waktu menghampiri maghrib untuk memaklumkan bahawa petak parking aku telah diceroboh dan aku terpaksa tumpang parking di petak rental parking dan dengan segala sopan dan santun tinggalkan nota maaf dan makluman bahawa kereta aku adalah pelarian supaya kereta aku tidak diclamp.

Atas dasar kasihan dan konon-konon bersangka baik (kemungkinan ada faktor-faktor yang memaksa dia menceroboh) aku meminta supaya kereta penceroboh itu tidak diclamp.

Dan di cermin belakang kereta penceroboh itu ada satu sticker putih hijau tertulis,

"Siapalah Kamu Jika Tidak Mahu Mematuhi Undang-undang Pencipta".

Kalaulah aku bersua muka dengan penceroboh itu semalam mahu saja aku tanyakan apakah hukuman menceroboh mengikut undang-undang Pencipta. Teringin juga aku nak tahu.

Tapi takpelah sebab,

~aku ~ maafkan kamu~

~tak perlu kita bertemu ~ cukup kau tahu~

8 comments:

SuzieLAWAti said... [Balasan]

sampai ke sudah ke dia menceroboh...?!

petak parking kita pon selalu begitu....

tetiba ade kenderaan laen di sinun...

tapi nasib baek.. ankat2 dan lambai2 tangan time aleh kan kereta... maka nya terjadi lah perasaan macam nak marah pada penumpang petak tu... ;)

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Aku dulu pernah terkena macam tu...aku parking je belakang kereta dia. So, kalau dia nak keluar, dia kena cari aku....

cinta said... [Balasan]

@CiKPuaNLawA
macam je nak marah? sabar betul kak su. kih2..

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
aku saja xnak dia cari aku. mnyusahkan.

t.a.t.a said... [Balasan]

dia cakap pasal undang-undang Pencipta aje. so bagi dia undang-undang manusia boleh dilanggar. kan law itu meant to be broken?

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
Mungkin sticker itu org lain yang tempek kat kereta dia. Eheh..

t.a.t.a said... [Balasan]

ini kes pedajal la kot? hehehe

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
ada 1001 kemungkinan. itulah guna kemaafan. ahaha..