Rutin mak-mak tiap-tiap pagi macam biasa adalah kejut semua orang bangun tidur. Lain umur lain caranya. Sesekali terlintas juga nak pakai loceng macam kat sekolah.
Nak kejutkan incek papa mula-mula cara lembut. Lepas 5 minit kalau tak bangun jugak kasi gegar sikit. Lepas 5 minit tak bangun jugak memang den mainkan yo mp3 yasin kuat-kuat. Lepas tu confirm dia bangun. Cara ni tak pernah gagal. Heheh..
Yang hensem itu paling senang nak bangun. Cium pipi, cium perut, gegar sikit, bangunlah dia. Sebelum buka mata dia senyum dulu dan cakap ma.. ma.. mi mi na... Ok, kena buat ribena dulu.
Last dan paling susah nak dikejutkan adalah si bulat leng lui itu. Cium pipi, bau air liur basi. Dia buat dekk jek. Cium perut, tonyoh-tonyoh tiba-tiba dia boleh bagi angin tiga das. Pun sama, tido lagi..
Lepas tu mama yang ganas akan gegar sambil menyumbangkan beberapa buah lagulupalirikbantailiriksniri. Ada lagu nasyid, ada lagu kartun termasuklah lagu haruka kanata theme naruto no. baper ntah, lagu rakyat termasuklah lagu anok tupai dan watimang landok. Ngaji pun ada juga tapi tak boleh lama-lama. Paling banyak dua surah pendek cukup sebab budak bulat ini takkan bangun. Macam lagi syok pulak dia tidur. Tapi akhir-akhir ni yang sering ke udara di waktu pagi adalah lagu gaban tapi mama nyanyi versi metal. Ganas tak? (angkat kening sebelah. eheh.)
Tapi lagu kegeraman budak bulat itu mungkin lagu lukis kartun doraeman. ~Bulatan titik. Bulatan titik~ sambil jari mama buat bulat dan titik kat perut dia. ~Tarik kiirii, tarik kaanaan~ dan mama cucuk ketiak dia. Mana boleh tidur lagi. Keh3..
Psst, ada tak ibu-ibu lain yang nyanyi lagu gaban pagi-pagi? Wakata wakata shinanndan.. O yeah..
5 comments:
Siapa dulu? leng chai ke leng lui? berapa beza umur?
@t.a.t.a
eheh, cam soklan intebiu lak. leng lui skang 3 thn. leng chai 2 thn.
Salam Jumaat..
gelak2 sorang sy baca N3 awk ni..lucu plak cara2 bangunkan papa & anak2 tu..boleh dijadikan tips ni..hehe..
salam kenal ye..follow sni #20..
jemput ke blog sy..:)
@aTieYusof Family
salam kenal. ehehe.. sbnarnya yg klakar tu watak2 dlm tu. klakar x klakar menduga kesabaran juga. sesekali rasa diri sniri mcm misae emak sin chan tu. sabor je lah.. insya Allah berkunjung ke blog awk.
salam singgah Isnin ye..:)
Post a Comment