Monday, December 9, 2013

Kisah Benar Suami Orang


Kisah 1
Isteri: Kalau abang keluar tolong beli bawang besar .
Suami: Yang kaler putih tu ke?
Isteri: Ha, bawang besar yang putih tu bukan yang kaler gelap tu.
Suami pulang bawa bawang putih.

Kisah 2
Isteri: Kalau abang keluar tolong beli halia, kunyit dan lengkuas ya.
Suami: Ye lah.
Suami pulang bawa halia, halia, dan halia.

Kisah 3:
Isteri: Kalau abang keluar tolong beli ketam ye, nak masak gulai ketam.
Suami: Ok.
Setengah jam kemudian suami pulang tangan kosong.
Suami: Ketam yang awak selalu masak yang warna merah tu takde la, yang ada warna coklat dengan biru je.

Pengajaran:
1- Suami-suami jangan hairan kalau isteri anda cakap nak masak lain tapi akhirnya masak lauk lain.
2-Bawang besar ada dua jenis, satu warna merah, satu lagi warna kuning / putih yang juga dipanggil bawang Holland.
3-Ketam yang belum dimasak berwarna biru atau coklat. Ketam warna merah adalah yang telah dimasak.
4-Isteri-isteri sila tuliskan pesanan dan minta suami hulurkan kepada pekerja di kedai.
5-Isteri-isteri sila siapkan kamus bergambar dan simpan di dapur. Lagi bagus kalau boleh buat poster dan tampal di dapur.
6-Isteri-isteri jangan tertekan dalam keadaan seperti di atas. Anggaplah dapat tengok Maharaja Lawak Mega secara live dan eksklusif. Tapi sila jangan ketawa depan suami itu. Hargailah penat lelah dia. Kalau mampu hadiahkan ciuman terbang (ciuman terbang je sebab salah beli. Hee..).

p/s: Suami den pandai beli barang dapur.

4 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Dia itu memang jantan sejati... hahaha

t.a.t.a said... [Balasan]

itu mesti kes suami yang pergi pasar tapi dok tunggu dalam keta aje, kan?

abg ipar ai pandai gi pasar. bagi aje senarai, dia tahu gerai mana jual murah.

kalau barang-barang lain, dia tahu supermarket mana yang murah. hahaha

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
keh3..

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
yg tu elok lagi w/pun tunggu dlm keta sekurangnya tlg bwk wife ke pasar.
patut ler ramai ank dara suka lelaki yg dah kawen rupanya sbb pndai pegi pasar. kredit utk wife lelaki itu.