Tuesday, July 8, 2014

Ikut Kata Hati Tak Mati*

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Bila hati kata lain dan akal kata lain.

Aku akan ikut kata hati tapi akal akan menilai semula.
Setakat ini hasilnya tidak mengecewakan.

Contoh terbaru:

Satu hari  sebelum puasa aku perasan tapak tangan, tapak kaki si leng chai itu ada bintik-bintik.

Hari pertama puasa, Aku perasan lagi, dia kurang minum walaupun nampak haus. Tiap kali nak minum dia merengek kata gigi rosak sebenarnya dia sakit mulut. Makan pun tak banyak walaupun nampak macam ada selera tapi tak dapat telan. Lagi 15 minit ke pukul tujuh malam, si leng chai tiba-tiba demam.

Akal kata lepas berbuka bolehlah bawa ke klinik.

Hati kata pergi segera.

Aku ikut kata hati.

Akal recalculate - pergi sekarang dan kalau masuk waktu maghrib masih lagi di klinik boleh berbuka dengan air kosong dulu.

Sampai klinik doktor kata penyakit kaki dan mulut dan kena rujuk ke hospital sebab doktor nasihatkan admit malam tu juga.

Balik rumah ngam-nganm masuk waktu dan sempat berbuka.

Lepas Isyak pergi hospital. Alhamdulillah dapat parking betul depan entrance bahagian kecemasan.
Incek papa register. Orang ramai katanya. Aku tengok tempat menunggu penuh.

Akal kata tunggu kat dalam sebab takut terlepas turn nurse panggil tak dengar.

Hati kata tunggu je dalam kereta sebab budak-budak dah tidur.

Aku ikut kata hati.

Akal recalculate - tunggu dalam kereta dan incek papa standby kat luar.

Sampai turn aku sorongkan si leng chai dalam stroller masuk jumpa doktor.
Nampak macam emergencylah sangat dengan budak lentok dalam stroller.
Incek papa tunggu si leng lui dalam kereta.

Doktor check dan tanya itu ini dan aku jawab dengan jayanya.
Doktor tanya nak admit ke tak?
Wah, ini petanda baik. Doktor bagi option. Maksudnya boleh treat kat rumah. Hehehe.. Bunga-bunga berputik dalam hati.

Tapi akal kata admit.

Hati kata balik rumah dan treat sendiri sebab aku tak boleh bayangkan budaktakretidiamnakbuatatomenfire ni kena drip.

Aku ikut kata hati.

Akal recalculate - Balik rumah dan ikut semua nasihat doktor untuk treatment.

Jadi nurse untuk anak sendiri macamlah tak biasa. Kan? Kan? Kan?

Sudahnya aku kena la ambil cuti sebab bukan aku yang sakit dan dah tentu-tentulah doktor tak bagi aku mc.

Akal kata ambillah satu hari cuti sebab cuti tinggal sikit dan nanti nak pakai banyak lagi, Terlebih ambil cuti nanti gaji kena potong dan effect masa appraisal.

Hati kata ambillah dua hari, monitor sampai betul-betul sihat, jangan penting diri sebab kalau hantar taska nanti berjangkit kat budak-budak lain.

Aku ikut kata hati lagi.

Akal recalculate - anak dengan kerja, anak lebih penting. Dan lagi, jangan penting diri.

Gitulah kira-kiranya...

9 comments:

julie shahril said... [Balasan]

selalu ikut kata hati, tp dgn syarat hati dan akal kena bekerjasama. hati kdg2 jahat, suka berubah2, tp akal yg waras dpt menyelamatkannya.

CiKPuaNLawA said... [Balasan]

guna dua2 dengan jaya nya... ;)

dah sihat leng chai..?!

anty Sue pon sakit tekak tak baik2..

cinta said... [Balasan]

@julie shahril
akal kdg2 jahat juga. hehe..

cinta said... [Balasan]

@CiKPuaNLawA

time dia sakit pun mcm org sihat.

sakit tekak? try minum madu+air+perahan limau sket. baru je try 2 mgu lepas. Lega..

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Ermmm.....

Mcm mana nak beza kata hati dgn kata akal? Dua2 pun sirr...tersembunyi...

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff

hmm, camni kot;

Keputusan yang diterbitkan oleh akal selalunya berdasarkan pengiraan, seperti penilaian sebab dan akibat.

Keputusan yang diterbitkan oleh hati selalunya tanpa pengiraan, dan lebih bersandarkan kepada kepercayaan, harapan dan kemungkinan.

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Hmm...ada benarnya....

Dr Singa said... [Balasan]

biasanya, kalau dehydrated sangat baru admit, untuk iv drip
kakau ok lagi.. segar lagi.. tak yah admit pun.. bagi air banyak2.. tak ada ubat pun penyakit ni..
yang sakitnya nanti.. Dr.. sebab kena buat report Penyakit Berjangkit segala bagai.. segala fon call n borang kena buat..
jarang saya refer untuk admit

cinta said... [Balasan]

@Dr Singa

waa, sama la dgn kata hati saya. hehehe..