Thursday, July 17, 2014

Klik Klik dan Klik

Hari ini

dengan hanya klik klik dan klik kita boleh buat pahala

klik klik dan klik kita hantar duit kat mak ayah

klik klik dan klik kita bayar hutang

klik klik dan klik kita bersedekah

klik klik dan klik kita bayar zakat

Tapi

dengan klik klik dan klik juga kita boleh buat dosa.

Klik klik dan klik kita sebarkan aib orang.

Klik klik dan klik orang lain pula panjangkan.

Beratus-ratus orang klik klik dan klik  keaiban itu ditonton oleh ribuan orang.

Oh ye, 'orang itu' dah minta maaf, 'orang yang itu' juga sudah memaafkan.

Jadi

kau, kau, dan kau yang menyebarkan bila pula nak minta maaf daripada 'orang itu'?

Juga kau, kau dan kau yang menghakimi, yang mencela (lalu perasan bagus dan riak dan takbur macam tak pernah buat dosa).

Tau tak dosa dengan manusia kena minta maaf dengan manusia lepas tu baru taubat dengan Allah? Tau? Tau takpe..

Belajar bersabar, belajar minta maaf, belajar memaafkan.

Semua ni aku pun tak habis belajar lagi.

Oh...

***

'cerita itu' aku tahu daripada tabloid.

Nasib baik aku tak ada akaun FB.

2 comments:

aTieYusof Family said... [Balasan]

zaman sekrg mcm senang je nak dpt dosa kan.. guna teknologi ni kadang lagi senang dpt dosa free.. Nauzubillah! berhati2 lah dlm semua aspek..

cinta said... [Balasan]

@aTieYusof Family

bukan lidah je nk kena jaga. jari juga.