Monday, June 29, 2015

Caution : A High Calorie Dish

Incek papa masih di seberang laut sana. Tadi tetiba antor macam-macam gambor ayam.

Pagi lagi kot..

Gambar ni yang menggoda dia:




Teringin nak makan itu ini antor aje gambor kat bini.

Nasib baik ada pakcik gugel.

Thursday, June 25, 2015

Cara Elak Dikecewakan Oleh Juadah Bazar Ramadhan


1-Pilih Peniaga Profesional
Peniaga amatur cuma muncul dalam bulan Ramadhan. Peniaga profesional berniaga sepanjang tahun.
Peniaga profesional selalunya (tapi bukan jaminan ye)  lebih menjaga kualiti dan tak tamak.
Peniaga amatur sangat takut rugi.

2-Jangan pergi bazar Ramadhan pada minggu pertama.
Minggu pertama risik je dulu maklumat daripada mereka yang dah pergi.
Mana gerai mereka dah cuba, ok ke tak, harga macam mana, menu sedap ke tak sedap, kualiti dan sebagainya.
Bila pergi minggu ke dua kita dapat tengok corak aliran pelanggan di sesebuah gerai yang ada reputasi yang bagus.

3-Berlakon

Contohnya nak beli karipap, minta penyepit tu dengan peniaga, buat-buat nak pilih karipap, sepit dulu satu dan cuba timang-timang adakah beratnya selari dengan saiz.
Kalau ringan tak patut, cuba goncang sikit untuk memastikan dalam tu ada inti ke tak.

4-Pilih menu identiti negeri yang sama dengan peniaganya.
Maksudnya kalau nak beli akok, laksam, nasi kerabu, pastikan pembuatnya (selalunya peniaga tu sendiri) adalah orang Klate.
Atau kalu mung nok nasi dagang beli dengang peniage Tganu.
Atau kalau teringin gulai lomak daging salai ko, gulai tolor itek ko, sambal daun, bolilah dongan makcik pilah tu.

Tapi  untuk menu western jangan harapkan Johny English yang duk meniaga kat situ. Tak makan western kau nanti.

Lima Minit di Bazar Ramadhan

Semalam hari pertama aku pergi bazar ramadhan.

Leng lui teringin laksam walaupun tak puasa.

Beli Laksam Mek Na.

Sedap.

Kuantiti santan dan ikan yang tepat, likatnya ikut standard, ada note masam asam keping sikit, bawang gulanya kena.

Tapi masin sikit.

Dimaafkanlah sebab Mek Na puasa.

Wednesday, June 24, 2015

Sembang Anak-anak


leng chai: Ultraman hebat. Boleh fire raksasa.

mama: Mama lagi hebat. Mama boleh buat nasi goreng. Ultraman tak tau.

leng chai: Eh, ultraman hebatlah.

leng lui: Mama ada super power masak. kak long ada super power makan, abe nor ada super power nangis.

mama: Papa?

leng lui: Papa ada super power tidur.

Mama gelak guling-guling.

Ha ha, sori pa, mama tak ajar.

Batuk

Masuk hari ni dah tiga hari hilang suara.

Bila suara takde terpaksalah menyombong. Takde nak bertegur sapa.

Sampai orang bagi salam pun tak mampu nak jawab. Gila sombong.

Sorang-sorang handle tiga budak radioaktif tanpa suara yang merdu adalah cabaran yang besar.

Nak tak nak kena cuba juga buat lontaran vokal walau pitching berterabur.

Paling merdu pun bunyinya macam opah mat si kampung boy.

Baru malam tadi telan ubat batuk.

Dan pagi ni terlepas sahur.

Itulah. Kan kat botol tu dah warning ubat tu boleh buat mengantuk. Adoi.

Tuesday, June 23, 2015

Mat Saleh Yang Kurang Ajar

Bulan lepas, Rachel Muir membawa anak perempuannya Samara yang berusia tiga tahun ke sebuah pusat membeli-belah di Melbourne sempena acara bertemakan Disney di situ.

Macam budak-budak lain (termasuk si leng lui itu) yang gila Frozen Samara teruja dress up macam Elsa.

Tiba-tiba sorang perempuan mat saleh dan dua orang anak perempuan dia bersemuka dengan mereka dan berkata yang Samara tidak dibenarkan berpakaian seperti Elsa sebab dia 'hitam'.

Dan aku rasa nak lempang pompuan mat saleh tu. Aku tak tahu dia datang dari celah tempurung mana. Kuang hajar..

Dan anak perempuan racist tu fotostat mak dia cakap kat budak tiga tahun tu yang dia hitam dan hitam itu hodoh.

Sick!

Budak tiga tahun dapat komen negatif macam tu, nangis dan tanya mak dia kenapa dia hitam.

Cerita penuh boleh baca di sini.

Cerita ni buat aku teringat sebuah puisi oleh seorang budak Afrika pasal warna kulit.

Puisi yang dicalonkan oleh PBB sebagai puisi terbaik tahun 2006.

And you calling me colored??

When I born, I black.
When I grow up, I black.
When I go in sun, I black.
When I scared, I black.
When I sick, I black.
And when I die, I still black.

And you white people.
When you born, you pink.
When you grow up, you white.
When you go in sun, you red.
When you cold, you blue.
When you scared, you yellow.
When you sick, you green
And when you die, you grey…

And you calling me colored??


Sekadar gambar hiasan (dicilok tanpa kebenaran)

Pekasam Resepi

Rasa aku bulan Ramadhan ramai yang tanya resepi kat pakcik gugel.

Aku salah sorang dari statistik itu.

Tapi berjaya buat ke tak itu cerita lain.

Kadang tu save je dalam folder.

Lepas dua kali puasa baru jadi. Kalau jadi lah kan.

Macamlah resepi kalau diperam hasilnya bertambah sedap.


Lone Ranger

Sahur sorang-sorang.

Buka puasa sorang-sorang.

Menu ringkas macam biasa.

Tapi tetap masak lauk kegeraman dia.

Walaupun yang memasak tu tak makan pun.

Apekehel?

Ha ha.

Monday, June 22, 2015

Selamat Hari Bapa

Kerja tangan dari sekolah.





Happy Fathers Day..




Papa.




Juga untuk ayoh - Selamat Hari Bapa!

Thursday, June 18, 2015

Cabaran Berpuasa

Sekarang ni rasa aku tak makan dan tak minum bukan lagi dugaan yang besar.

Melainkan kepada mereka yang mualaf (termasuk muslim yang dah baligh tapi baru nak belajar berpuasa) mungkin.

Banyak lagi benda lain yang lebih mencabar.

Bergantung kepada individu.

Lain orang lain ketahanannya.

Bagi sesetengah orang tak dapat korek hidung itu lebih mencabar.

Bagi pengantin baru pulak lain cabarannya.

Bagi kaki gosip, terseksa juga menahan info-info sensasi daripada diledakkan.

Ramai juga yang bangun sahur itu jadi cabaran terbesar.

Dan bagi si grumpy menahan sabar itu paling menyeksakan. Lebih-lebih lagi time jalan jam balik kerja.

Begitu juga si kaki carut. Ada saja tersasul.

Aku?

Cabaran terbesar tiap kali puasa adalah nak minum air banyak waktu sahur.

Sampai sekarang masih belum berjaya.

Wednesday, June 17, 2015

Khinzir

Tadi aku terima gambar dalam Whatsapp group.

Ikan muka khinzir.

Adoi. Siapa agaknya yang banyak betul masa lapang nak buat benda ni suma.

Manusia makan khinzir dah berapa keturunan takde pulak aku tengok muka macam muka khinzir.

Apa? Khinzir kacukan dengan ikan? Gila.

Kau cuba kacukkan ikan puyu dulu dengan keli baru cerita pasal khinzir kacuk dengan ikan.

Hmm, mungkin orang yang edit gambar tu cuba bergurau-senda.

Dan tak semena-mena ada pulak yang percaya siap bertakbir.

Er, daripada bertakbir aku rasa baik beristighfar.

Ok.


Thursday, June 11, 2015

Selamat Ulangtahun Untuk Kami

.....




Tiba-tiba ada lembaga.




Cak!

Wedding dress paling lejen. Kau ada? Eheh.

Wednesday, June 3, 2015

Menonton TV


Bila anak-anak makin ramai, rumah makin kecoh.

Biasalah tu.

Kecohnya dibawak sampai balik kampung.

Biasa juga tu.

Tapi kalau dah tahap boleh mengganggu ketenteraman orang buat kerja lebih-lebih lagi waktu sibuk nak berkenduri ni rasanya perlu buat sesuatu.

Sebagai langkah kawalan astro smart card kenalah bawa balik kampung sama.

Dah jadi benda wajib. Hampir-hampir jadi syarat sah balik kampung.

Cuma nanti jangan tertinggal sudahlah.

Kalau tak balik rumah nanti betul-betul 'tengok tv' jadinya.

Tuesday, June 2, 2015

Super Power


I got no idea since when did I have this.

Could it be a dog’s nose stuck on me?

Someone just passed me by and I can tell that he has put on the Polo Blue by Ralph Lauren.

And the secretary, I notice the same scent – Narcisso Rodriguez lingers on her since I know her years ago.

As for my boss, I'm not sure what perfume she wears but still I can recognize the fragrance.

There was a day in the washroom that I happened to know that she was in the cell next to me just by the scent that my nose caught.

Not only that, I can prepare the dishes without tasting it before serving but just by gauging it by the aroma.

Years ago, the moment I realized it I think it was pretty cool.

Until my first pregnancy that my nose caught the smell that could spin my head around  till I threw up – garlic, dried chilli, cigarette smoke, Polo Blue, even it was quiet a distance from me.

Well I guess all pregnant mom possess this kind of super power.

So if you feel gifted for some kind of special capability, kindly take not that under certain condition it could be a curse as well.

Vice versa.

Well, this words may describe it well – ‘terms and conditions apply.’


nota:
moodmatsalehpulak :p

Siapa Kau?

Tadi.

Ada percubaan untuk access akaun Google aku.

Dari desktop.

Terus aku tukar password.

Lepas tu aku cuba track IP address.

Dapat.

Aku cuba track location.

Dapat.

Nama pemilik.

Tak dapat.

Ada sesiapa cuba menceroboh?

Sila mengaku.

Monday, June 1, 2015

Terima Kasih

Harga minyak dunia naik. Minyak kita pun naik harga.

Harga minyak dunia turun. Minyak kita naik juga.

Tak susah, taruk GST naik la dia.

YB memang bijak.

Bersesuaian sungguh dengan tagline rakyat didahulukan.

Oklah YB, saya nak rombak balik financial planning keluarga kecil saya untuk bulan depan.

Mungkin nak ganti lagi jenama susu anak-anak yang lebih menjimatkan.

Susu penuh kr1m dari kedai rakyat 1M barangkali.

Sambil-sambil tu bolehlah menjana ekonomi negara yang YB uruskan dengan cemerlang tu.