Wednesday, June 24, 2015

Batuk

Masuk hari ni dah tiga hari hilang suara.

Bila suara takde terpaksalah menyombong. Takde nak bertegur sapa.

Sampai orang bagi salam pun tak mampu nak jawab. Gila sombong.

Sorang-sorang handle tiga budak radioaktif tanpa suara yang merdu adalah cabaran yang besar.

Nak tak nak kena cuba juga buat lontaran vokal walau pitching berterabur.

Paling merdu pun bunyinya macam opah mat si kampung boy.

Baru malam tadi telan ubat batuk.

Dan pagi ni terlepas sahur.

Itulah. Kan kat botol tu dah warning ubat tu boleh buat mengantuk. Adoi.

4 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Sabau ye....skrg tgh panas....

tiga lalat said... [Balasan]

salam ramadhan, terlepas sahur tu tuan punye blog ni sorang je ke atau satu kluarga laki bini semua tak sahur., huhu2 abes laki pon tak set alarm jugakk?

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff

tgh sabau lah ni.

cinta said... [Balasan]

@tiga lalat

salam ramadhan juga.
laki kite turun ke laut lagi jadi kite sahur sorg2.