Tuesday, June 23, 2015

Mat Saleh Yang Kurang Ajar

Bulan lepas, Rachel Muir membawa anak perempuannya Samara yang berusia tiga tahun ke sebuah pusat membeli-belah di Melbourne sempena acara bertemakan Disney di situ.

Macam budak-budak lain (termasuk si leng lui itu) yang gila Frozen Samara teruja dress up macam Elsa.

Tiba-tiba sorang perempuan mat saleh dan dua orang anak perempuan dia bersemuka dengan mereka dan berkata yang Samara tidak dibenarkan berpakaian seperti Elsa sebab dia 'hitam'.

Dan aku rasa nak lempang pompuan mat saleh tu. Aku tak tahu dia datang dari celah tempurung mana. Kuang hajar..

Dan anak perempuan racist tu fotostat mak dia cakap kat budak tiga tahun tu yang dia hitam dan hitam itu hodoh.

Sick!

Budak tiga tahun dapat komen negatif macam tu, nangis dan tanya mak dia kenapa dia hitam.

Cerita penuh boleh baca di sini.

Cerita ni buat aku teringat sebuah puisi oleh seorang budak Afrika pasal warna kulit.

Puisi yang dicalonkan oleh PBB sebagai puisi terbaik tahun 2006.

And you calling me colored??

When I born, I black.
When I grow up, I black.
When I go in sun, I black.
When I scared, I black.
When I sick, I black.
And when I die, I still black.

And you white people.
When you born, you pink.
When you grow up, you white.
When you go in sun, you red.
When you cold, you blue.
When you scared, you yellow.
When you sick, you green
And when you die, you grey…

And you calling me colored??


Sekadar gambar hiasan (dicilok tanpa kebenaran)

6 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Sedap puisi tu ..

Dr K said... [Balasan]

sedar atau tidak, kita di malaysia ni pun kadangkala ada yg berperangai racist, memandang hina bangsa / keturunan..bangla yg soheh seagama dgn kita, dipandang hina, jelek..walaupun mulut tak berkata kata, tapi cukuplah dgn jelingan menghina tu, cukup buat kita di catat dosanya...moga kita dijauhkan dari sifat mazmumah ini.

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff

Kan.. simple tapi meresap dlm jiwa.

cinta said... [Balasan]

@Daddy Ziyyad

Kadang2 bangla2 inilah yg mengimarahkn masjid di subuh hari.

boleh pulak kita perasan bagus.

ye, moga jauh dari sifat2 mazmumah. Amin.

Wak Lat said... [Balasan]

salam ramadhan, hee hitam hitam sitompok manggis., nyum nyum dh lama sy tak mamam buah manggis., huhu2

cinta said... [Balasan]

@tiga lalat

time ni lah nak cerita buah manggis. cobaan...