Wednesday, July 15, 2015

Makan Sisa Makanan

Ini bukan sarcasme atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

Saranan ini adalah betul-betul.

Amalan ni aku dah buat dan terbukti selamat dan mengelakkan pembaziran.

Selain itu ada juga beberapa faedah sampingan contohnya menjimatkan masa dan tenaga.

Caranya?

Mana-mana lauk yang tak habis contohnya asam pedas yang isinya dah selamat bersemadi dalam perut dan yang tinggal cuma kuah - pack lebihan kuah dalam bekas dan simpan beku dalam freezer.

Lain kali cuma panaskan dan tambah isi ikan sahaja.

Cara ni dah berjaya menjimatkan masa aku untuk sediakan juadah berbuka.

Antara lauk yang pernah aku bekukan ialah asam pedas (kuah sahaja), ayam masak kicap (pun kuah sahaja) dan rendang (daging, ayam, itik).

Selain dibekukan ada lauk yang boleh dikitar semula jadi lauk lain.

Contohnya masakan ayam atau ikan goreng cili yang isinya dah selamat jadi santapan, lebihan cili boleh digunakan untuk masak asam pedas atau sambal tumis ikan bilis ke, udang ke, sotong ke.

Lain-lain macam biasalah ayam goreng atau ikan goreng yang lebih boleh dijadikan bahan dalam nasi goreng.

Jom cuba. Elakkan pembaziran.


6 comments:

SuzieLAWAti said... [Balasan]

hermmm....

tapi kan...

ade je orang tak nak makan lebihan makanan semalam nya...

walaupon kita cakap selamat di makan....

letih jugak nak masak hari2... :(

tak habis buang gitu ja...

sayang n rugi kan..?!

cinta said... [Balasan]

Nasib la dpt yg mcm tu kak su. Ha ha.

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Baru buat gitu kat kuah sup...

cinta said... [Balasan]

Tahniah sbb brjaya mengelakkan pmbaziran.

ZULHILMI TEMPOYAK said... [Balasan]

yes. mmg buat gini tapi kadang kan simpan sampai terlupa. huhu

cinta said... [Balasan]

Tampal index n reminder kat pintu fridge.
Hehe..