Memandangkan si leng lui itu bakal melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah (bukan tahun depan tapi), sekarang mamanya sedang berkira-kira di sekolah mana si leng lui ini akan bersekolah.
Maka mamanya pun mula lah ushar sana ushar sini mana sekolah yang sesuai dengan princess mama yang ini.
Ada satu sekolah. Kata orang sekolah yang itu bagus. Tapi jauh lah sikit.
Sekolah yang dekat ini pula kata mereka kurang bagus.
Tapi bagaimana menilai sekolah yang bagus?
Sekolah yang bagus mengikut pandangan kebanyakan ahli komuniti kita adalah sekolah yang berprestasi tinggi yang tersohor dengan tahap pelajar lulus peperiksaan adalah seratus peratus dan bilangan A yang berbakul-bakul.
Maaf. Pendapat di atas (jangan pandang atas) tidaklah mampu aku terima mengikut perkiraan otak dan naluri kemanusiaan aku.
Sekolah tempat belajar ilmu. Bukan tempat kejar A dan ranking.
Bukan sekadar nak habiskan silibus lepas tu hafal sekerat-sekerat mana-mana yang mengikut ramalan nujum peperiksaan bakal keluar dalam peperiksaan.
Eleh. Macamlah aku tak tau trick n treat untuk skor exam. Aku bekas scorer kot (eh TERcanang pulak. Sori..).
Lambat pandai takpe asalkan ada kesungguhan dan akhirnya ilmu itu mampu dikuasai. Setiap orang ada kemampuan yang tak sama. Itu fakta.
Belajar ilmu dan esok jadi orang. Ini kata orang kampung aku dulu-dulu.
Betul. Biar jadi orang.
Bukan jadi budak yang depan mak bapak pijak semut pun tak mati tapi kat sekolah kaki buli kawan sampai mati.
Bukan setakat dapat cgpa tinggi tapi idea macam longkang tersumbat.
Bukan jadi pemimpin yang dulu kini dan selamanya kelentong.
Bukan belajar tinggi-tinggi tapi dah besar tak reti nak cari makan.
Bukan jadi pemegang amanah yang khianat.
Bukan jadi ustazah yang ijazahnya berderet-deret tapi memperlekehkan hukum Allah.
Bukan jadi technician yang pakar repair itu ini tapi merosakkan anak orang.
Bukan jadi cikgu yang tak minat pun nak jadi cikgu.
Bukan jadi doktor yang selfie dalam bilik bersalin berlatar belakang yang mengaibkan.
Eh, macam makin jauh dari jalan cerita. Huh.
Ok berbalik cerita sekolah untuk leng lui.
Setelah berkira-kira aku rasa aku nak sekolah kebangsaan yang biasa-biasa.
Sekolah yang TIDAK menjadikan bilangan A dan ranking sebagai tujuan dan inspirasi sekolah.
Sekolah yang cikgu-cikgu nya mendidik anak-anak jadi insan.
Ya. Jadi insan. Yang berakhlak.
Ada ke sekolah macam tu kat sini? Hah? Hah?
Thursday, November 26, 2015
Friday, November 20, 2015
It Is Just Got Too Obvious
Kot ye nak cari makan janganlah sampai orang lain tak dapat makan.
Orang ini agaknya lupa.
Yang memberi rezeki itu Allah yang maha kaya.
Bukan anak Encik Razak.
Thursday, November 19, 2015
School Concert and Graduation Day
Hari Graduasi dan Konsert Sekolah dua kanak-kanak riang itu berlangsung minggu lepas di Auditorium Muzium Negara.
Macam biasa bermula dengan bacaan doa, perasmian, ucapan yang semua berlaku dengan pantas diikuti acara penganugerahan sijil untuk anak-anak 6 tahun dan anugerah-anugerah lain. Si leng chai dan si leng lui itu tidak memenangi sebarang anugerah. Hehe.
Selesai upacara graduasi maka bermula lah konsert. Ada tarian (kebanyakan persembahan), ada story telling (directly read from the book, bagus, dah pandai membaca BM dan BI), ada sketsa, pantomim, nasyid, bacaan doa dan zikir.
Dipersembahkan oleh kanak-kanak 3 tahun hingga 6 tahun. Comel dan berkeyakinan semuanya. Paling penting semua nampak enjoy persembahan sendiri.
Kalau aku nak berdiri atas stage macam bebudak tu aku rasa menggigil dah. Tapi diorang relaks je aku tengok macam hari-hari kerja naik stage.
Nak cerita banyak genre laporan tak reti jadi meh lah kita tengok gambar-gambar yang dicilok tanpa pengetahuan pihak tadika. I'm sori... (amir sesat sini pulok doh).
Lepas konvo kita campak topi segi empat tu tinggi-tinggi. |
Barisan tenaga pengajar dan staf dalam kostum bertema fairy tales. |
Kelas si leng chai itu dalam persembahan pertama. Hai angry bird! |
Si leng lui kat tengah-tengah. Lagu Siti Nurhaliza. |
Kalau kita nak makan kita baca? Bismillah... Kelas EDP (early development program) 3 tahun. Aloh comel... |
La la.... Kun Anta dari anak-anak 5 tahun. Bukan kelas leng lui tapi. |
Bole chudiyan.... Persembahan paling memukau hari tu oleh para graduan. |
Snow White and the dwarfs? Eheh. |
Cikgu kelas si leng chai jadi queen dalam cerita Disney-Brave |
Kombinasi dua kelas 5 tahun jadi lah sketsa dan nasyid yang menggetarkan jiwa. Huu. Baju-baju tu dapat terus. Ok tahun depan tak payah buat baju raya. |
Sejujurnya kagum dengan usaha cikgu-cikgu dan staf.
Kebetulan pergi belakang pentas dan nampak macamana staf mempersiapkan budak-budak. Penuh kesabaran dan budak-budak pun nampak enjoy. Lega.. Sebab teringat ada satu tadika lain yang berjenama ada komplen pasal cikgu yang agak racist dan kurang sabar. Kat belakang pentas tengking budak. Scary. Alhamdulillah tak berlaku di sini.
Ok dah.
Ha nampak tak reti tulis report. Hadoi.
Tuesday, November 17, 2015
A Question To Mr. President
You are boarding the Air Force One, ride on The Beast, your secret agents pave way days before you are here ensuring nothing could be a threat to you, and upon your arrival security is tight.
What are you scared of?
Friday, November 13, 2015
Lena Dalam Pelukan
Siapa yang tidur dulu dia menang. Hehe..
Abaikan pemandangan belakang.
Ini bukan pertandingan cari benda tersembunyi.
Seni Makanan
Itu hari jiran vietnam bagi agar-agar.
Dalam tu ada bunga.
Rasa macam nak simpan dalam almari je.
Potong cantik-cantik (konon).
Ngup ngap ngup ngap (camgelojoh) tak sampai dua minit selesai satu.
Agak-agak berapa lama masa untuk buat agar-agar ni?
Thursday, November 12, 2015
Jangan Menilai Orang Dari Rupa
Budak ini kalau bergambar memang suka buat muka pelik |
Ini kad laporan dia untuk semester 2. Masa mula-mula tengok laporan ni mama dia pandang cikgu dia, pandang budak nakal tu, biar betik?! |
Wednesday, November 11, 2015
Soal Jawab
Satu hari si leng lui itu tonton cerita kartun Disney Mulan.
Macam biasa soalan akan datang bertalu-talu seiring perjalanan cerita.
Soalan-soalan kenapa Mulan sedih, kenapa bapak dia marah, kenapa dia potong rambut, itu apa, dia tu siapa, dia ni buat apa, kenapa, apa, siapa, camana bleh bleh bleh..
Korang penat dengar? Aku lagi penat nak menjawab.
Tambah-tambah soalan yang jawapannya melibatkan soal hati dan perasaan.
Kot cerita tu satu jam, sesi soal jawab dan ulasan juga berjalan seiring dan sejalan.
Sebab tu kalau tergerak hati nak bawa dia dan adiknya tengok wayang kena fikir 47 kali.
Takut nanti kena halau keluar panggung. Huh.
Monday, November 9, 2015
Siapa Buat?
Leng chai: TV orang yang buat kan mama?
Mama: Ye. Pandai pun.
Leng chai: Matahari Allah yang buat.
Mama: Haa pandai..
Leng chai: Bumi pun Allah yang buat.
Mama: Betul tu. Allah hebat kan..
Leng chai: Orang pun Allah yang buat.
Mama: Semua pun Allah boleh buat.
Leng chai: Kerusi meja orang buat.
Mama: Betul.
Leng chai: Baby orang yang buat.
Mama: Err, baby Allah yang buat..
Leng chai: Oooo...
Kbai.
Mama: Ye. Pandai pun.
Leng chai: Matahari Allah yang buat.
Mama: Haa pandai..
Leng chai: Bumi pun Allah yang buat.
Mama: Betul tu. Allah hebat kan..
Leng chai: Orang pun Allah yang buat.
Mama: Semua pun Allah boleh buat.
Leng chai: Kerusi meja orang buat.
Mama: Betul.
Leng chai: Baby orang yang buat.
Mama: Err, baby Allah yang buat..
Leng chai: Oooo...
Kbai.
Vape dan Rokok
Angkat tangan tinggi-tinggi.
Dah lah tall, dark and handsome. Bijak pulak tu. Eheh.
Sibuk nak ban vape. Tapi bab rokok buat tak tau.
Bukanlah nak menyokong vape. Tapi kalau boleh menolong dalam usaha berhenti merokok apa salahnya.
Tapi sebenarnya dua-dua pun sama membahayakan kesihatan kan.
Rokok pun dah lama difatwakan haram. Tapi elok je pak-pak imam hisap rokok.
Cuma kekurangan vape ialah tidak membantu industri tembakau negara dan hilang pendapatan dari cukai rokok ye dak.
Nota: Incek papa bebas rokok. Heh.
Sunday, November 8, 2015
Belajar Sampai Lebam :D
Buku iqra' si leng chai itu.
Sudah dua kali bercerai badan.
Diselotep. Diglu.
Adakah buku budak 4 tahun memang seharusnya begini keadaannya?
Belek-belek nampak banyak nombor-nombor.
20 hari ulang di muka surat yang sama. Hehe.
Berbanding si leng lui sehari dua ulang lepas tu dah boleh pergi ke muka surat seterusnya.
Tapi mamanya dulu dulu dulu umur 4 tahun belum kenal pun alif ba ta.
Pelan-pelan kayuh ye nak.
Thursday, November 5, 2015
Isn't It Ironic
Sejak ber-anak minuman susu kultur dah jadi perkara wajib dalam senarai beli-belah.
Satu hari tengok di rak ada offer kalau beli tiga pek.
Lepas tu baru perasan yang biasa dengan yang kurang gula tak boleh campur.
Maksudnya beli tiga yang biasa atau tiga yang kurang gula.
Tapi menjadi persoalan bila yang kurang gula itu harganya lebih tinggi.
Aku ingat bila kurang gula kuranglah kosnya.
Tapi bila fikir-fikir
Less is more
Kan?
Ceh.
Satu hari tengok di rak ada offer kalau beli tiga pek.
Lepas tu baru perasan yang biasa dengan yang kurang gula tak boleh campur.
Maksudnya beli tiga yang biasa atau tiga yang kurang gula.
Tapi menjadi persoalan bila yang kurang gula itu harganya lebih tinggi.
Aku ingat bila kurang gula kuranglah kosnya.
Tapi bila fikir-fikir
Less is more
Kan?
Ceh.
Tuesday, November 3, 2015
Kenyataan Apakah Ini?
Berita penuh di sini
http://www.msn.com/en-my/news/national/minister-to-klang-valley-motorists-wake-up-earlier-use-toll-free-roads-to-save-money/ar-BBmLGUS?li=AAaD62f
Aku baca berita ni mula-mula TERmaki jugaklah.
Aku hari-hari ikut AKLEH.
Hari-hari bangun pukul 4 pagi.
Apa 4 pagi tak cukup awal ka?
Kalau ada orang kata politikus kita bodoh ada yang sentap. Tapi apa pasal tak pernah nak keluarkan kenyataan yang nampak bijak sikit?
Aku dengar pun rasa malu.
Mini Me?
Sebelah kanan itu baju mamanya.
Jadi jangan pelik kalau orang ingat mereka adalah kakak dan adik.
Eheh.
Subscribe to:
Posts (Atom)