Sunday, January 1, 2017

Berita Terakhir Tahun 2016 Untuk Aku

Siang tadi jumpa puan doktor bidan. Dak leng chai itu pun sama ikut. Macam biasa dia tanya banyak soalan kat doktor tu.

Dia pegang alat ukur tekanan darah, picit-picit pam dia dan dia tanya ini apa. Dia angkat ketiak dia picit-picit pam tu dan dia tanya lagi ini macam perfume ke?

Macam biasa juga puan doktor sabar pulak melayan soalannya yang macam-macam walaupun kadang soalannya tak masuk akal.

Dia nampak stetoskop (harap-harap aku eja dengan betul) dia tanya itu apa. Puan doktor sambil scan adik dia yang masih lepak dalam perut mama bagi jawapan dengan sungguh memuaskan.

Aku menyampuk - stetoskop ye bukan teleskop.

Sebabnya aku tiba-tiba teringat beberapa hari sebelum tu dia pernah cakap kalau takde duit juta-juta nak naik roket nak tengok planet belilah teleskop boleh juga tengok planet.

Lepas tu dia bercerita kat doktor tu pasal planet itu ini siap buat model saturn.

Aku tengok puan doktor rajin pulak melayan dia sambil sibuk terangkan keadaan penghuni dalam perut.

Mungkin sebab dia yang sambut dak leng chai masa mula-mula dia menjenguk dunia.

Dan akhirnya aku dapat tahu kawan sekolah puan doktor ada bekerja dengan NASA dan terlibat dengan projek eksplorasi marikh. Puan doktor naik teruja melayan dak leng chai bercerita pasal planet. Mungkin sebab aku patient terakhir jadi puan doktor pun macam tak kisah nak berlama-lama melayan budak banyak cerita ni.

Leng chai kat sekolah masa cuti sekolah

Cuti sekolah pun ada kelas. Hehe..

Tapi hasilnya tadi aku baru tahu ada rakyat Malaysia yang terlibat dengan eksplorasi angkasa.

Siapa dia? Boleh klik SINI


2 comments:

Wak Lat said... [Balasan]

dak leng chai ni sekolah cina ke mkcik? byk songeh pulak moga2 dia jd doktor bidan gak satu hari nnti., aminn

cinta said... [Balasan]

Sekolah melayu wak. Eh, tokeynya melayu, murid2 n cikgu pelbagai bangsa. Tp 95% melayu jd kira sekolah melayu lah. Hehe.

Alamak wak, jgn la jd doktor bidan, dia nak sgt tgk planet2 kena jd astronaut.