Thursday, July 20, 2017

Feeling Superior


Kecik-kecik dulu aku suka makan mi guna chopstick. Mungkin mi tu rasa lebih sedap kalau makan guna chopstick. Eheh. Dasar budak-budak suka main-main.

Tapi aku tak berani bercerita kat kawan-kawan kat sekolah. Sebab? Kata diorang makan guna chopstick macam Cina, macam orang kafir makan. Erk.. Ayah aku yang ustaz tu pun tak pernah larang aku makan guna chopstick. Tapi tak lah pula aku nak berdebat dengan diorang. Sekolah rendah, darjah empat ke darjah tiga (lupa), nak debat aku tak reti lagi nak keluarkan dalil dan bukti-bukti logikal yang ampuh dan mampu difahami tanpa fikir mendalam.

Itu zaman aku kecik-kecik.

Hari ni ada sorang kawan satu pejabat tak nak makan kat restoran mi tarik kat kawasan pejabat aku ni. Alasan dia sebab banyak tulisan Cina. Aiyaa..

Pemilik dia Cina. Tukang buat mi tarik pun Cina. Nama restoran pun nama Cina. Menu pun bahasa Cina. Resit pun tulisan Cina.

Tapi kawan aku tu bukan tak tahu makanan kat restoran tu HALAL. Pekerja-pekerja yang buat mi tarik tu MUSLIM. Tauke restoran tu MUSLIM. Hari Jumaat pukul satu dia naikkan signboard Closed dan dia pergi solat Jumaat. Pelanggan-pelanggan yang sedia ada dalam restoran diuruskan oleh isteri dia.

Masa restoran tu tengah renovate dulu selalu juga aku nampak tauke Cina tu solat kat dalam kedai bila masuk waktu. Tauke gerai Melayu kat depan tu pun kadang aku tengok selamba berniaga waktu orang solat Jumaat.

Kadang kita rasa kita lagi bagus cuma sebab keturunan kita. Kita lupa keturunan bukan kita yang tentukan. Kalau Allah dah takdirkan kita lahir sebagai Melayu, Melayu lah kita. Kalau Allah takdirkan lahir sebagai orang Mongolia, Mongolia lah kita.

Kalau Allah takdirkan kita lahir dalam keluarga muslim, alhamdulillah. Share la dengan orang yang bukan Islam. Jangan kedekut. Eh, maksud aku kongsi maklumat.

Tapi ada juga yang tak cerdik bila tak tau nak bezakan antara bangsa dan agama. Bangsa ditentukan oleh keturunan. Agama ditentukan oleh pegangan. Mu reti dok lagi?

Jadi jangan la nak perasan lebih mulia cuma sebab keturunan semata-mata.

12 comments:

Atie Yusof said... [Balasan]

alahaii takde salah pun nak guna chopstick kan.. kita ikut contoh yg baik.. kat sini memang biasa guna chopstik..tak jadi isu.. hehe..
bab makanan plak..janji halal.. kan..itu paling utama..walau owner chinese, kalau dia muslim apa salahnya...
*salam akhir syawal.. lama tak kesini:)

AimNub Haris said... [Balasan]

memang letih dah explain pasal bangsa dan agama ni, awat lah ada lagi yang kulop sangat pemikiran tu..

kalau gi restaurant mahal2 yang tak ada tanda halal tu takpe pula ye..? hanya sebab kita nampak ada orang melayu makan kat situ, kita pun makan juga kat situ tanpa usul periksa.

tapi bila bab kedai makan cina muslim, tiba-tiba kita nak berkira bagai.. isyyhhkkk.. cucuk dengan chopstick baru tau...!!

(kan dah terbebel.. haiiihhh... mahap laa..)

:p

...

cinta said... [Balasan]

Wah lama xdengar berita. Salam syawal juga :D

cinta said... [Balasan]

Kasim selamat cucuk dgn garfu. Ini cucuk chopstick kang nk jd apa. Ha3.

mamapp said... [Balasan]

Mama dulu bangga dapat mkn guna chopstick. Berlajar sendiri tu

cinta said... [Balasan]

Lei hou ye.. hehe..

Fendi Rocka said... [Balasan]

dia ingat non-muslim kalau makan nasi lemak terus boleh mengucap kalimah shahadah kut

cinta said... [Balasan]

Nasi lemak skrg pn ada yg lauk rendang khinzir.

nini said... [Balasan]

Saya tak pandai pakai chopstik...hahaha

cinta said... [Balasan]

Takpe, pkai sudu garfu pun rasa dia tetap sama XD

tiga lalat said... [Balasan]

dulu makan kat sushi king kene pakai chopstick., bila mintak sudu garfu memey dorg bagi sudu kecik ciput je., skrg dh okehh ;p

cinta said... [Balasan]

Pkai tgn je wak. Hehe.