Wednesday, July 26, 2017

Resepi Teh Tarik dan Teh O

Ihsan Google. Cer tengok watermark untuk sumber.

Sila tengok gambar. Selalu jumpa kan teko macam ni kan? Terutamanya rumah mak-mak kita. Dah macam jadi syarat sah dapur rumah.

Meh tengok macamana teko ni boleh membantu menghasilkan teh tarik dan teh o yang sedap tanpa perlu merasa.

Teh tarik:
5 uncang teh, air panas mendidih sampai PANGKAL leher teko, biarkan teh berendam sekejap, susu pekat manis 4 sudu makan penuh kalau susu tu baru keluar dari peti sejuk / 5 sudu kalau susu tu dalam suhu bilik. Lepas tu masukkan secubit garam untuk enhance rasa lemak berkrim disukai ramai. Jangan sampai masin pulak. Secubit je. Ok dah. Tak payah nak rasa lagi dah. Insya Allah disukai penggemar teh tarik.

Teh O:
1 uncang teh, air panas mendidih sampai leher teko, 4 sudu makan gula kasar. Siap.

Selamat mencuba.

6 comments:

nini said... [Balasan]

Wahhh bagus tips ni...jujur sy tak pandai bancuh teh...haha

AtieYusof said... [Balasan]

Boleh cuba buat teh mcm ni..sllu sy main hentam ja bubuh sukatan.. hahaa

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Berapa ml teko tu?

cinta said... [Balasan]

Pasni boleh lah cuba.

cinta said... [Balasan]

Itu namanya bancuhan dari hati. Haha.

cinta said... [Balasan]

Hmm.. jap nak kira.

Satu teko ni boleh dpt 4 mug.
Satu mug boleh muat 8 Oz.

1 Oz krg 30ml. Katalah 1 Oz dikira 30ml,

8 Oz x 4 = 32 Oz
32 Oz x 30 ml = 960 ml.

Sepatutnya lebih drp 960ml sbb td 30ml dikira 1 Oz.

Jd rasanya lebih krg 1L lah kapasiti teko ni kalau air sampai paras pangkal leher dia.

*congakan semata-mata*