Seorang awek kastam sedang membelek-belek sambil cop-mengecop buku-buku kecil warna merah kitorang dengan muka serius tahap 13. Mungkin merajuk dengan boifren agaknya sebab dia ajak dating tapi boifren dia nak tengok bola. Aku agak la. Tak pula aku tanya sebab aku takut kalau aku tanya nanti dia akan cop-mengecop muka aku pula.
Sedang dia membelek-belek sambil cop-mengecop buku-buku kecil warna merah itu tiba-tiba dia bertanya dengan muka serius yang masih di tahap 13. Mungkin percubaan untuk beramah-mesra agaknya. Aku agak juga la sebab soalan dia pendek je, "Dari mana?" Menda soalan pendek, aku pun cuba jawab pendek juga lah, "Dari Thailand".
Aku rasa jawapan aku macam lawak tapi tidak kelihatan langsung tanda-tanda akan terukir senyum di wajahnya. Udah datang dari Singapura dia boleh tanya dari mana. Mungkin dia pun cuba untuk bergurau-gurau katak iaitu sejenis gurauan tanpa senyum dan tawa.
Selesai cop-mengecop dia hulurkan buku-buku kecil warna merah dengan ekspresi wajah yang masih sama, dan kitorang berlalu dengan ucapan terima kasih.
Lupa aku nak babai dan suruh kepochi aku bagi flying kiss. Mungkin babaian dan flying kiss itu boleh menerbitkan sedikit seri di wajahnya.
Inilah punca aku ke Singapura
0 comments:
Post a Comment