Gambar : Figura suami yang seksi bersama anak gadisnya
Adui, dah pukul tujuh malam. Nak kena cepat servis budak Tatak Lon (kakak Long) ni. Nasib baik adik dia dah servis petang tadi, baru je lelap tu. Penat dengan operasi kacau mama dia buat kerja siang tadi agaknya. Dari pagi tadi mula operasi kemas bilik yang dah jadi macam sarang tikus belum selesai. Operasi lipat kain pun tak sempat nak habiskan. Itu belum kira operasi mass ironing - gosok baju banyak-banyak konon cukup untuk satu bulan punya stok. Oh ye, laci yang dah runtuh tu pun tadi dapat repair separuh jalan je. Ada je iklan dari budak bertuah dua orang tu. Nasib baik duk rumah mentua, kalau tak lagi banyak benda lain nak dirisaukan, masak, mop lantai, pinggan mangkuk, periuk belanga, cuci tandas, basuh baju (hari asyik hujan pulak tu), dan lagi dan lagi dan lagi. (Maid dah lari pulak tu. *Carut omputih sikit*.)
Selesai servis Tatak Lon, solat, on the way nak ke dapur nak layan Tatak Lon makan ternampak satu pemandangan yang amat menakjubkan (sila bayangkan pergerakan slow motion berkelajuan 3langkah/minit- kelihatan kabus keluar bersama cahaya terang diiringi pelangi dan pari-pari kecil berterbangan riang berlatarkan intro lagu Yuna, Terukir Di Bintang, kelihatan satu lembaga yang bercahaya gemilang sedang....). Oh, seksinya. Dia sedang gosok baju kerja dia. Sambil berlalu aku cuba bagi senyuman paling seksi (tapi tak menjadi sebab Tatak Lon dah jerit panggil mama. Muzik latar - intro lagu kabhi kushi kabhi gham tiba-tiba CD sangkut. Erk...)
Betul, suami akan kelihatan sangat seksi bila dia sedang buat kerja rumah.

0 comments:
Post a Comment