Monday, November 18, 2013

Rimau Putih Cedera

Hari ini.
Pagi ini si Leng Chai itu menangis dalam tidur. Rupa-rupanya dia mimpikan itu.

Hari selepas kejadian
.
Si Leng Chai itu menyusun dua buah model kereta. Bumper to bumper. Kemudian satu model kereta ditolak laju-laju dan menghentam bontot bumper kereta yang no. 2. Diulang-ulang dengan akibat yang berlainan. Ada yang terbalik, ada yang sekadar berganjak sedikit, ada yang terbabas. Dia angkat satu model kereta,"Mama mama, papa.... Bammm!". Ayat tu diulang-ulang sampai mama pun naik penat mendengarnya.

Hari kejadian.
 

***

Seorang amoi bawak kembar pelanduk sambil pakai hp. Comel sangat lah tu.

****

Nun beberapa meter di belakang, seekor rimau putih jalan steady di lorong pertama. Depan rimau ada seekor gajah angkut pasir gamaknya dan batu-batu kecil terpelanting dari celah celah kaki gajah. Rimau putih rasa rimas dan masuk lorong tengah. Eh, eh, gajah pun tiba-tiba jek nak jugak masuk lorong tengah. Terpaksalah rimau putih mengalah dan masuk lorong ke-3. Alang-alang dah masuk lorong ke-3 rimau kenalah lari laju sikit ye dak.

****

Beberapa meter di depan, amoi yang bawak kembar pelanduk masih pakai hp, tiba-tiba masuk lorong no. 3. Pakcik tua yang bawak katak putih terkujat tengok kembar pelanduk tiba-tiba ada di depan dan katak putih brek kecemasan. Pakcik tua itu urut dada. Dan si katak berhenti jalan. Di lorong no-3. Seekor toyo hitam spesis Wish di belakang katak putih sempat brek. Pakcik tua dan kataknya  selamat. Rimau putih yang baru potong gajah pun brek kecemasan. Selamat. Tada satu pun yang cedera.

Tiba-tiba satu rimau lain datang dan skreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet.....
Gembala rimau putih dan seisi perut pasrah. Bunyi macam tu ending dia memang dah boleh agak. Tambah pula bau hangit getah. Ok, sila mengucap dan berserah.
Baammm!!! Bunyi macam petir. Serentak juga anak-anak gembala rimau putih meraung-raung.

***

Tiada kecederaan fizikal. Tiada pergaduhan. Hanya maaf bermaafan dan sama-sama cuba mencari penyelesaian. Kagum betul aku.

***

Ending,

Amoi blah.

Pakcik tua pergi hospital untuk check-up.

Gembala toyo cool saja dan minta no. workshop yang boleh dipercayai daripada gembala rimau putih walaupun rimau putih akhirnya cium sikit bontot dia impact sondolan rimau Wira itu. Tiada gantirugi dituntut oleh gembala toyo.

Barang-barang hantaran tunang dalam bonet rimau putih selamat kecuali kek.

Rimau Wira itu nampak gaya memang kena operate besar-besaran. Muka dia pecah. Dia tak habis-habis minta maaf. Gantirugi dia yang akan tanggung. Dia pandang je rimau dia kena tarik untuk operation. Kesian..

****

Jadi hari ni terpaksa naik incek Singa. Si Leng Chai belum habis lagi ulang skrip papa, bam! Leng Lui nampak ok walaupun di hari kejadian dia menggigil. Incek Papa nampak macam rindu rimau putih. Aku? Kena beli sepit rambut baru.

Dah ajal..

Kesian tak?
Papepun, Alhamdulillah selamat semua..

4 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

syukur semua selamat...
bumper pecah boleh diganti, muka pecah berparutlah nanti..

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
pantun dua kerat.

t.a.t.a said... [Balasan]

memang kesian. kesian poket juga kan?

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
Time ni lah rasa insuran tu berguna. tihihi..