Wednesday, December 18, 2013

A Journey Into A Mother's Head at 5.00 p.m.

Cuaca nampak cerah. Harap-harap kain di ampaian kering. Subuh tadi sidai dua machine load. Sampai tak sempat nak mop lantai. Padan muka. Sapa suruh bangun lambat. 5.30 pagi baru bangun. Peram lagi tidur. Eh, tersasul pulak, back on track - balik nanti kena terus angkat kain sebelum sejuk. Terus ampai yang baru. Pagi tadi sebelum keluar sempat bagi arahan kat mesin basuh. Kalaulah dia boleh ampai sendiri kain-kain tu. Ohh..

Lagi, hm, malam ni nak masak apa ek? Ah, tengoklah apa yang keluar dari freezer nanti. Eh, serai ada lagi sebatang bolehlah buat nasi ayam sebelum serai tu kering sia-sia. Ok jugak tu, tak kotor banyak periuk, sumbat ayam dalam periuk nasi sekali. Ok, dinner set. Adui, malam tadi lupa nak download boboiboy kalau tak boleh umpan kanak-kanak riang berdua itu. Nak buka youtube wi-fi slow la pulak. Kang hangin lak si Leng Lui tu. Hm, takpe, ada umpan lain. Tadi dah beli berus gigi baru untuk dia bawa pergi taska. Bolehlah ubat ati dia. Tapi, berus gigi gambar barbie doll yang dia pesan tu takde. Harap-harap yang dah beli tu dia suka. Nasib baik lunch tadi sempat keluar beli lampin. Lampin si hensem tu tinggal sikit je lagi. Banyak kencing. Ye lah, banyak minum mimina. Tadi dah beli roti, sarapan esok bolehlah buat sandwich.

Itulah kalau jadi bujang sementara. Kot cik abe ada bolehlah keluar beli balik kerja kang. Sekarang nak keluar dengan budak berdua tu sorang-sorang handle memang taklah. Kot sorang lari ke kanan sorang ke kiri, haru biru jadinya. Eh, dah pukul lima, solat dulu..

***

sambung bawah ni..

p/s: Jadi mama ni perkiraan mesti tepat, planning mesti cekap, pergerakan mesti cepat, otak mesti nak ligat, belanja pun mesti nak cermat.

8 comments:

t.a.t.a said... [Balasan]

Berapa orang leng lui dengan leng chai dalam rumah tu?

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
leng lui sorang leng chai sorang. Sungguh sepakat buat kecoh.

Nizam.Ariff said... [Balasan]

kenapa org suka angkat jemuran panas-panas... sebelum sempat sejuk ek?
Untuk senang dilipatkah?

t.a.t.a said... [Balasan]

Bagi aku kain jemuran kalau sejuk sama juga macam lembap. Sama juga macam baru sidai. Kalau lembap baik la aku sambung jemur untuk esok.

Senang lipat and also bila pakai balik rasa panas suam.

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
kalau dia panas dah tentu kadar lembapan dia kurang dan mengurangkan risiko kulat dan hapak bila dilipat dan masuk almari. Jadi dalam bab kain jemuran suhu adalah sebagai moisture gauge. Lebih kurang gitulah..

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
kadang-kadang ada juga tak baper kering dh angkat sbb bila nak gosok tak payah spray. itu koje zaman bujang. skang xbuat dah.

Nizam.Ariff said... [Balasan]

@cinta
sungguh teknikal jawapanmu...aku suka... hahaha

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
oho tima kasih kerana memuji di dpn kwn2.. ayat sin chan pulop..