Thursday, December 12, 2013

Nasihat Mama Tentang Kamera

Incek papa baru balik dah nak kena ke laut lagi. Katanya nak beli kamera baru sebab kamera sedia ada sudah cacat selepas beberapa siri kemalangan. Boleh lagi nak snap gambar tapi nak tunggu lens keluar kena dua tiga kali tarik. Pujuk-pujuk, belai-belai, baru dia mahu keluar. Itupun menggigil-gigil. Gambar pun dah tak berapa tajam.

Lalu mama bagi nasihat - dah beli nanti pandai-pandai sorok jangan sampai anak ribena dan anak milo itu nampak. Kalau tak kamera baru juga akan dapat penyakit yang sama. Penyakit rabun dan parkinson.

p/s: sekarang tahu la kan kenapa entri bbc ni dah lama takde gambar. Hu..

6 comments:

SuzieLAWAti said... [Balasan]

owhhhh ... patut lahhh... heheheheee.....

kemera telipon pon okeh wattt....!!

;)

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Kamera hp pun dah tinggi pixelnya...sementara.
Tak dpt rotan akar pun jadi..

cinta said... [Balasan]

@CiKPuaNLawA
klau kak su tgk hp kite musti kensel cadangan tu. kih3..

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
itu mcm nk kena bli hp baru la pulak.. adus..

t.a.t.a said... [Balasan]

kat laut ada jual camera meh?


malam tadi kakak aku bawak balik frame gambar. sekali tengok memang nampak macam tab. siap button semua. budak gundut nampak terus sibuka nak pegang. babah dia tak bagi sebab benda tu kaca. merajuk dia.

budak zaman skang ni benda gajet macam tu cepat benor tangkap nya.

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
dia nk beli kamera sblm ke laut sbb kat laut tu nnti kena tangkap byk gambar nk buat report bagi bos.
o, ade ea frame gambar mcm tab..