Friday, May 30, 2014

Kupu-kupu Terbang Tinggi

Tengah hari tadi.

Di tingkat 21. Rasa mengantuk. Aku pandang luar tingkap. Menara Tabung Haji cuma nampak bahagian atas. Ibarat sedang mengintai dari belakang G Tower dan Menara Binjai yang tegak berdiri di situ. Pemandangan tidak seperti beberapa tahun lepas.

Tiba-tiba seekor kupu-kupu melintas terbang berlatar belakang Menara Citibank.

Warna coklat corak batik dan kepaknya bila dikembangkan selebar dua tapak tangan budak. Besar juga.

Sehari dua ni selalu terserempak dengan kupu-kupu jenis itu di parking pejabat, di parking apartment, depan pintu rumah.

Tertanya-tanya berap tinggi sebenarnya kupu-kupu boleh terbang?

Tiba-tiba tadi dapat video kupu-kupu yang sama berterbangan di Istana Iskandariah sejak kemangkatan Sultan Perak dan pertabalan Sultan Nazrin Shah. Kata orang tua-tua itu tanda daulat.

Wallahualam.

10 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Kupu2 dibawa angin...berapa tinggi dia boleh terbang? Bergantung kpd angin.

SuzieLAWAti said... [Balasan]

rumah saya pon banyak kupu2 .. yang kaler hitam putih tu .... semalam dah tak de...

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Jujie...kupu kupu asalnya ulat beluncas.....yg gemuk2...yg lembik2 ...yg gebu2..hehe

Julie Shahril said... [Balasan]

jumaat mlm lepas balik kg...singgah petronas di rompin...dh mcm taman rama-rama pulak bila tgk byk gila rama-rama terbang hinggap kat dinding kedai petronas, rasa mcm pelik tp menarik juga pemandangan tuh

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
o ye ke..

cinta said... [Balasan]

@CiKPuaNLawA
eh, cepat benor ilang?

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
eww...

cinta said... [Balasan]

@julie shahril
ye lah, tiba-tiba je kat paper pn ade report psl rama2 ni.

Dr Singa said... [Balasan]

ada baca.. sebab sekarang musim panas.. tu yang banyak terbang2 dan mati..

nampak tak ofis saya dari tingkat 21 tu..?:)

cinta said... [Balasan]

@Dr Singa

eh, boleh nampak ke? jap nak skodeng..