Friday, July 11, 2014

Boleh Ke?

Hari ni hari ke-3 gastrik. Tapi hati degil juga nak puasa. Sebab? Tak teruk kot. Belum muntah air kuning pun. Eheh.

Lagipun kalau tinggal puasa nanti nak ganti rasanya agak payah bila ada lagi satu warga baru untuk diuruskan nanti.

Dan warga baru itu rasanya tidak terjejas, masih sangat aktif kat dalam. Kalau aku letakkan seekor atomen atas perut pun boleh nampak jelas atomen itu terjungkit-jungkit disepaknya.

Sekali sekala senak juga. Tiba time gastrik menyerang time tu juga dia berkuntau kat dalam, pedih + senak jadinya. Jadi pada penilaian aku puasa dalam keadaan gastrik tidak menjejaskan dia.

Tapi tertanya-tanya juga, takpe ke mak buyung kena gastrik nak puasa?

4 comments:

Kakzakie Purvit said... [Balasan]

Apabila memudharatkan diri diharuskan berbuka dik. Kalau lagi teruk dibimbangi penyakit semakin panjang pula. Berbuka yg ini tak perlu fidyah sebab bukan kerana bimbangkan baby tak sihat (sebab baby memang sihat kan). Tapi kalau berbuka sebab bimbang kesihatan baby sewaktu membayar puasa(ganti) kena sertakan dgn fidyah. Wallahualam..

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Aku pun ada gastrik sejak hari ke-3 pose...tahun sblm2 x pernah kena...badan aku dah tua kut...

cinta said... [Balasan]

@Kakzakie
terima kasih atas nasihat akak. rasa disayangi pulak. heee..

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff

er, kau yang tua. aku orang muda yang ada gastrik. keh3..